Kala ini, kehidupanmu baru saja bermula.
Ya.
Buka matamu. Kedip-kedipkan. Lihat, dengar, hidu alam sekelilingmu.
Segala masa lalu seperti suatu ingatan asing yang melontar alunan ke perdu memori. Bergema, terkenang jangan sekali.
Hari ini kau menjadi Baharu. Langit biru, KLCC memacu, bunyi-bunyi alam dan enjin berlagu-lagu. Ke atas lagi. Ke hadapan lagi.
Mengingati kenangan pahit adalah dosa yang kering di tampuk kebersamaan. Cemburu? Biarkan. Hari ini kau angkuh! Kau, kukuh! Berlalu saja pergi kamu, berlalu bagai air.
Kau takkan bisa mampir, apa lagi mengikir.
Pergi.
Aku ke hadapan, kau ke kiri.
Aku tak mahu.
Aku Baharu.
No comments:
Post a Comment