Mata pelajaran Pembedahan, dan Kanak-kanak.
Haruslah dan seharusnya berusaha keras, kerana orang Islam itu selalu berjaya, kerana hatinya diserahkan pada Tuhannya. Dan dia tahu, usaha-usahanya hanya untuk merebut cinta Dia, dan bukannya untuk mengejar visi duniawi yang entah apa-apa. Dia akan selalu senyum sahaja, dan tidak sedih, kerana dia tahu, Dia selalu ada, dan Dia selalu tahu, dan Dia Maha Penolong dan Maha Kuat dan Maha Menguasai semuanya.
Sepatutnya lah kan setelah tahu, dia tak sedih lagi.
Tapi kenapa aku sedih dan hampir putus asa, ya?
Kenapa, duhai diri
Sedangkan curahan rahmat
Kan selalu dekat.