Aku raikan tahun baharu dengan ucapan selamat hari jadi kepada dua sahabat, dan keluhan berat.
Dua hari sebelum itu, aku ketemu Syed. Dalam ramai-ramai kawan, Syed salah seorangnya yang observant. Aku mulanya cuma mahu jumpa kerana bosan tiada teman bicara. Tapi, berjumpa Syed selalu buat aku berfikir lama.
Kali ini, Syed beritahu sesuatu yang memang nyata hasil dari pemerhatiannya.
"Akhir-akhir ni, I selalu buat benda sorang-sorang, Keon. Kadang-kadang I buat sebab I nak buktikan I boleh. And orang yang I nak spend time with, taknak spend time dengan I, so other people doesn't count. Other people won't fill the space. I rasa you pun sama."
Aku rasa macam kena tampar dengan realiti.
Dalam setahun yang sudah, aku rasa kehilangan dua kali (tiga, tapi yang ketiga doesn't count.) Dan aku menampung kekosongan itu dengan spend time sesuka hati, kadang-kadang mengabaikan penat lelah dan keselamatan diri sendiri, most of the time, seorang diri. Sebab others won't understand. Others won't fill the space.
And I still feel as empty as ever.
As if I won't ever be happy again.
Aku mencari reason. Dan bila aku lihat orang bahagia, aku cuba gembira sama untuk orang itu, dan aku semakin hari semakin percaya yang aku takkan temui kebahagiaan untuk diri sendiri, dan aku rasa aku tak perlu sedih kerana ini takdir untuk aku.
Aku rasakan bahagia cuma suatu konsep yang tak mungkin untuk seorang Keon.
2018, adakah engkau akan memberi kejutan untuk aku?
4 Januari 2018
Tanglung Pemula sudah mati