Tanpa sayap ia melayang
Mencari mata kail rahmat
Yang kadang-kala lutsinar tak terlihat.
Bagaimanapun telahanku, Kekasihku
Hatiku tetap Kau yang punya
Kau yang pandu
Kau yang sentuh.
Maafkan aku sering terlupa dan terlupa
Akan hakikat hatiku bukan milikku
Bahkan pinjaman
Yang jika aku kenderai dengan taat padaMu
Akan Kau tujukan dan tujukan yang baik-baik saja
Kalau aku sendiri terjunkan ke sumur lumpur
Maka lekitnya kesatnya aku sendiri jua yang menanggung.
Biarkan hatiku terus bersamaMu, Kesayanganku
Dan maafkan kelekaanku dan sikap tidak acuhku
Kerana aku insaan ciptaanMu
Yang mendamba kasihMu, dan kasihMu pertama.