Tuesday, February 25, 2014

Kadang-kadang

Kadang-kadang, cuma kadang-kadang
Sakit itu perlu
Agar sedar dirinya.

Kadang-kadang
Luka itu perlu
Kerana kosong itu bosan
Dan retak itu seni
Yang mencorakkan kehidupan.

Kadang-kadang
Gila aku datang
Tapi aku punya kawan
Dan aku punya Tuhan
Syukurlah
Masih berdiri teguh
Meski corak hati
Makin berbelur-belur penuh celoreng

Biarkan aku begini
Dan
Doakan aku tak terus begini

Biarkan aku begini
Kadang-kadang cuma.

Monday, February 24, 2014

Kota Kinabalu vs Nusajaya

Kota Kinabalu: Kota kenangan. Memiliki pantai. Bergelumang kawan-kawan.
Tapi tempat tinggal belum pasti. Tiket juga belum dibeli. Tiket juga semakin mahal dari hari ke hari.

Nusajaya: Ada Pikah. Ada Legoland. Economic-wise, lebih baik.

Ummi macam tak berapa setuju dengan rancangan aku nak ke KK. Katanya, buat saja housemanship di sana nanti. Jadi nanti ummi boleh melawat aku di KK. Sambil-sambil melawat kawan-kawan lamanya. Amboi!

Masih keliru.
Silap hari bulan dua-dua pun tak pergi.
Demam pun masih belum kebah lagi dari semalam.

Ya Rabbi, tunjukkanlah.

Moderator ODOJ masih belum contact aku lagi. Mungkin tak ada group yang kosong. Meneruskan sendiri-sendiri, tak seseronok bersama group, pastinya. Tapi masih berkesan di hati. Menghindar segala entah apa-apa di fikiran.

Saturday, February 15, 2014

Ke Teluk Chempedak

Kami ke Teluk Chempedak hari ini. Aku, sekadar berlari anak di gigi air. Ombaknya terlalu kuat kerana pagi tadi baru saja hujan.

Aku terlalu rindukan pantai. Bunyi ombak dan udara masin ini, aku hirup dalam-dalam.

Pantai selalu menenangkanku. Pantai selalu memujukku, memberitahuku yang segala apa pun yang terjadi, akan berlalu jua, seperti berlalunya buih-buih gelora di dada pantai.

Betapa aku rindukan dirimu, pantai. Alhamdulillah, aku berkesempatan lagi bertemu denganmu di pagi ini.

Upacara akad nikah akan bermula jam 2 petang nanti. Pagi ini, kami bersuka-suka dahulu ditemani lautan yang membiru.

Friday, February 14, 2014

Coretan di jalan

Hari ini, aku bermusafir dari Kajang ke Kuantan. Ada satu majlis perkahwinan yang harusku penuhi jemputannya. Majlis walimah sahabat seangkatan di Davangere India. Dalam batch aku, dialah orang pertama (dari kalangan perempuan) yang melangsungkan pernikahannya.

Sila bayangkan keterujaan kami berlima.

Eh tiba-tiba berlima? Ya, kami berlima menaiki bas ekspres Ekpress Kesatuan ini yang destinasinya ialah Terminal Indera Mahkota, Kuantan. Masakan aku keseorangan.

Dalam sejam setengah perjalanan bermula, aku sempat menghabiskan kerja-kerja menyunting karya sahabatku Ashraf Sabun yang ingin dia hantarkan ke sidang penghakiman untuk satu sayembara menulis novel. Aku memang menggemari kerja-kerja menyunting seperti ini. Aku tahu aku bukan siapa-siapa malahan aku sendiri belum menghasilkan walau sebuah novel pun. Tapi kerja menyunting sedikit sebanyak meyakinkan aku yang aku masih minat akan bidang ini. Aku masih punya harapan di landasan ini. Masih, tetap masih.

Sehabis saja aku siap menghantarkan hasil suntingan aku pada Si Sabun, masuk pula satu e-mel ke inbox Gmailku.
Dari moderator E-Sastera. Menjemput ke perjumpaan agung Kelab E-Sastera. Eh macam tahu-tahu pula. Sedikit nada memerli juga di situ. Sejak dua bulan lepas aku tak ada menyiarkan karyaku ke laman web e-sastera2u lantaran sibuk dengan peperiksaan akhir, dan bersenang lenang di rumah selama sebulan. Ada saja puisiku, tapi terperuk dalam buku nota kecilku yang, dengan ajaibnya, aku tinggalkan di rumah. Selalunya aku bawa buku itu ke mana-mana. Lambang aspirasi seorang penulis, konon. Ah, kalau namanya sudah penulis, tak perlu buku nota cantik. Tisu napkin di kedai makan juga jadi mangsa kalau tiba-tiba idea datang sambil-sambil minum teh.

Kami terhenti di, ah entah di mana ini. Barangkali pekeliling. Aku tak pernah ke sini. Aku tak kenal persekitarannya.

Doakan perjalanan kami selamat sejahtera semuanya, ya.

Dan kamu yang di sana, selamat bekerja.

Mungkin aku harus berjaga sepanjang permusafiranku ini sementelah result exam kami belum keluar lagi. Doa musafir kan antara doa-doa yang mustajab. Hehe.

Assalamualaykum.
Peace out.

Wednesday, February 12, 2014

Biar aku ajukan soalan ini padaku

Kau siapa?
Apa yang kau inginkan dari hidup ini?
Apa impianmu?
Apa yang kau mahu dari pengakhiranmu?
Mengapa kau masih di sini?
Mengapa kau belum pergi lagi?
Bilakah tiba waktu kau kan sedia?
Di manakah kau mahu temui dia?

Jawab dalam jiwa. Cerna biar murka.
Yang tahu, kan cuma kau saja?

Tuesday, February 4, 2014

She's got life in her veins.

Rescue - Yuna

She thinks she's all alone
And all her hopes are gone
And so I wrote this song
So she can move along

Well, things were bad
She was in despair
Well, things were bad.
And you were never there

But things were bad
She came up for air
She said a little prayer
She found herself

Yeah, she's got a light in her face
She don't need no rescue and she's okay
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay.
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins
She don't need no rescue and she's okay

She looks into the sky
And all her tears are dry
She kiss her fears goodbye
She's gonna be alright.

But things were bad
It was beyond repair.
She was scared
She couldn't handle it.
Things were bad but now she's glad
Can't you tell - she's walking on air?

Yeah, she's got a light in her face
She don't need no rescue and she's okay.
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay.
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay

That girl is you, yeah
And that girl is me
That girl is stronger than the raging sea
That girl is you, yeah
And that girl is me
That girl is stronger than the raging sea

Yeah, she's got a light in her face
She don't need no rescue and she's okay.
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay.
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins
She don't need no rescue and she's okay