Aku tak mahu ditelan masa
Aku tak mahu terlupakan mereka
Kau, kau, dan dia
Biar setia
Meski aku yang mungkin kadang terlupa
Belit-belit masa menyesakkan jiwa
Dahan-dahannya ampuh, menyembunyikan nyawa
Musuh dalam selimut berona ikhlas
Mansuh kepentinganku tak pinta dibalas
Inginku ingatkan padamu, betapa
Tingginya engkau di hidupku,
Walau setelah ini aku diam membisu
Aku, tak melupa
Kau tetap di sayup-sayup mata yang hampir terpejam, menerpa.
Dendamku pada masa seharusnya membening
Cuma kerana ku tak tahu rahsia masa depan
Aku diam, dan rentan
Masa akan menyenangimu, sedangkan.
Si tamak haloba seperti aku
Selalu gelojoh dan tak sabar menunggu
Sekelumit percaya, yang malu-malu.
No comments:
Post a Comment