Duit masuk
Duit keluar
Barang baharu
Minyak naik
Barang perlu
Makin sengkek
Makan sedap
Simpanan apa?
Hutang berkurang
Kutu dibayar
Sabun habis
Belanja wayang
Masa suntuk
Akaun remuk
Nombor dilayang
Cek ditendang.
Ah, terpulang, terpulang, terpulang,
Bila pula mahu memulang.
Lekaslah pulang
Jangan menjurang.
Carilah buraq
Bingkaslah terbang.
Eh, akhir bulan?
Kapan kau datang?
Diharap, dihamun
Engkau riang.