biar masa berlalu
teruskan saja berjalan, bernafas dalam anugerah
kerana bila akhirnya yang sederas itu
takkan teringatkan semua
ya perjalanan yang seolah tiada henti
sebenarnya hanya seperti limpahan lampu lampu jalan
terpandang tatkala sama bergerak
tak terkejar tak terkesan
mengapa dikisahkan?
walau berpuluh, berjuta kali diberitakan si fulan sampai ke penamat
mengapa masih dikisahkan?
tak mahukah jadi pemenang?
atau cuma mahu jadi pemerhati lewa
leka bersenang lenang, tidur di perhentian?
jangan kalah dengan neon.