Detak hari ini
Direnggut sepi matahari baharu
Belum puaspun kuladeni, gerak kecilmu.
Tirai langit sudah tenggelam
Mataku belum mahu padam
Sekonyong-konyong rasa yang bergentayangan, mahu kukait, rapi
Susunkan ia dalam lipatan
Ingat-ingatku dalam rasa yang terjelepuk
Meski cuma, kala diam memandang angin.
Tidak akan hilang di lerek masa kita
Cuma entah bila, akan ku terbiasa.
Anak,
Bonda pasti selalu rindu.