Assalamualaykum, kita bertemu lagi dalam rancangan bebelan Keon sempena Puasa Raya tahun ini.
I think this year, time runs too fast. Ada orang kata, semakin dekat dengan kiamat, semakin cepat waktu berlalu. Masih juga belum insaf dalam berbagai perkara.
Aku melalui Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini dengan pelbagai rencah. Pada aku, terlalu banyak perkara yang mengusutkan fikiran. Not many people realized it, people at work just started to recognize me, atok and nenek still adjusting to my presence, aku masih sendiri-sendiri menyimpan stress yang kadang-kadang tak tertanggung. Aisyah jauh. Kalau dulu, dia dulu yang akan menegur kalau riak wajah aku kelihatan 'lain' atau aku terlalu try hard untuk kelihatan gembira. Sekarang, nak tegur pun kadang-kadang.
Banyak kali guna perkataan kadang-kadang.
Maybe this is just adjustment disorder.
I'm still trying to put my feet on good grounds.
At times, aku rasa mungkin berpindah keluar dari rumah nenek adalah lebih baik, tapi...entahlah.
Senantiasa, ingat saja Tuhan takkan meletakkan aku di luar batas kemampuan.
Hidup adalah sementara. Jodoh adalah takdir, dan mati adalah pasti.
Semoga impian aku bertemu Husnul Khatimah akan jua terkabul.
Taubat selalu belum cukup.
Masih banyak sisi-sisi kasar seorang aku. Belum habis dikertaspasirkan.