Berbicara tentang pencinta maju (kemajuan), tiba-tiba aku terfikir apa makna maju di ruang cerebrum aku ini.
Adakah maju bermakna memiliki smartphone terkini?
Adakah maju bermakna mengetahui isu semasa? (kerana selalu terlihat situasi di mana seseorang iaitu aku bila tak mengambil tahu isu semasa di malaysia, ditempelak ibu rakan kerana menjadi katak di bawah tempurung.)
Adakah maju bermakna...sudah menempuhi fasa baru dalam hidup? Seperti berkahwin dan memiliki anak? (satu lagi isu yang hangat dalam golongan umur 20-an sepertiku)
Apakah Rasulullah saw dan para sahabat takmaju kerana tak memiliki smartphone? Oh, mereka lebih maju dari itu. Rasulullah dpt connection dengan Allah thru Jibril kan. Maju. Tersangat maju di luar kotak pemikiranku.
Habistu apa dia maju yang kau maksudkan?
Maju, bermaksud bergerak menuju ke arah kebaikan. Kebaikan yang hakiki. Smartphone or no smartphone.
Maju=perbaiki diri. Menuju cinta Ilahi.
Assalamualaykum.
P/s: Seharian kurang bercakap, maka kuota 25k perlu dihabiskan di medan maya. Hihi.