Pusingan langit menarikan awan dengan liuk
Teratai hati tenggelam timbul, kuntumnya kuncup
Hilang, hilang pandangnya, kabur semua
Tanah, tempat dirinya, jerlus ternganga
Sudah berkali memesong badai
Masih terpukul ombak bersiung
Menghampar hati di sisir pantai
Terhanyut habis asamu terlambung
Sayang, aku sayangkan kau,
Sayang, aku hilang sayang padaku
Pergilah jiwa bersama bayu
Melepas ke puncak mana tak tertahu
Betapa bodoh, betapa angkuh
Setiap kali jua ku keluh
Betapa riuh, betapa mansuh
Bercarah-carah hatiku merapuh
Membawa senyum, palsu sekali
Ada yang tak mahu ku hilang lagi
Belum kali ini, belum kali ini
Biar di dalam aku sendirian mati
Sungguh bodoh diriku membenci diri.
No comments:
Post a Comment