Dentam-dentum bergegar bumbung
Tanda Oktober sudah pun berpenhujung
Di bumi bermajoriti Hindu ini
Tiba sudahlah waktu Diwali
Menggegak-gempita dengan mercunnya
Memecah sunyi malam-malam gelita.
Entah kenapa di sebalik kejutan jiwa saban saat
Terlontar rasa pada yang bergelut
Bergadai nyawa melawan Taghut
Di bumi sebelah sana, perlahan-lahan tiba Malaikat Maut
Dengan terpaling lemah-lembut mencabut
Roh-roh yang pada Allah semata ianya bertaut.
Sungguh aneh bangsa manusia
Yang satu melawan Taghut sanggup bertarung jiwa
Yang satu pula kerana Taghut sakan gembiranya.
Sungguh, Tuhan, mungkinkah dengan gempita di sebelah sini cuma
Barulah terpaut jiwaku kepada saudara di sana?
Sungguh, aku selalu saja lupa.
Sungguh, lekaku membawa nestapanya mereka.
Sungguh, di Maal Hijrah ini, hijrahku, jihadku semoga saja tercerna oleh jiwa!
Ameen ya Rabbal 'Alamin.
No comments:
Post a Comment