Antara impi dan responsibiliti
Yang mana mendahului?
Ah pasti saja yang tertanggung lebih memberat.
Tapi tangan aku menggapai-gapai
Gelombang cahaya ingin
Yang entah akan ku temukan di garis masa hadapan atau tidak
Sementelah umur sendiri pun tak tertelah.
Yang mana-mana pun susah.
Yang satu susah jiwa.
Yang satu susah masa.
Memang manusia itu sentiasa dalam kesusahan, kan?
Jika bukan kerana ada Tuhan tempat pemapan
Sudah lama tersungkur berjatuhan.
No comments:
Post a Comment