Monday, September 30, 2013

Pengemis

Dari jauh, terlihat sepasang kawan bertudung kepala warna terang. Jalan melenggang, tidak ada apa yang dikejar. Bila mereka membelok ke simpang kecil itu, aku sudah tahu ke mana tuju mereka.

Bak lipas kudung aku berlari ke depan kedai kopi. Ku gendong adikku erat-erat, bersedia untuk menyua diri.

"Akka, akka." Aku halakan tangan ke mulut tanda meminta belas. Adikku dalam kendongan, mata berkaca memandang mereka. Kemudian menggaru kepala berambut kusut yang sedikit gatal. Mungkin ada kutu pada anjing yang tidur bersebelahan kami di bawah pangkin semalam.

Kulihat kakak bertudung biru laut, sedikit terangkat keningnya. "Illa," katanya, sambil terus laju-laju menapak masuk ke dalam kedai. Kakak bertudung merah jambu pula, seakan kebingungan. Aku cuba menarik sedikit kot putihnya. Mungkin dia perlu kembali ke alam nyata, daripada ekspresinya dia hilang entah ke benua mana.

Kak Merah Jambu menyeluk kocek kotnya, mencari-cari entah apa. Setelah dapat beberapa keping wang kecil, dihulurkannya kepadaku. Aku menyeringai sedikit tanda suka sambil kuhantar Kak Merah Jambu ke dalam kedai melalui ekor mataku. "Mewah," desisku dalam hati. Adikku tiba-tiba menggeliat entah kenapa, mungkin kutu anjing menggigit kepalanya. Ku gosok kepala adikku, sedikit keras kerana hampir-hampir rangka bahuku yang menggendongnya cuma dengan kain cotton yang ku temui di pinggir dumpster, terkehel sama. Aku membetulkan kain gendongan dan posisi Adik, kemudian aku duduk di pinggir jalan berhadapan dengan kedai kopi itu, menghela desah nafasku setelah seharian berjalan ke sana ke mari.

Kedai kopi Seteguk. Cuma kadang-kadang saja aku sampai ke sini. Selalunya ada saja halangan di pintu gerbang dua kolej bersebelahan kedai kopi ini. Pakcik jaga yang menjaga pintu gerbang itu, bengis yang maha. Sekiranya tertampak saja tampang aku dan baju lusuhku ini, dari hujung sana dia sudah berperi. "Pergi! Pergi!" kata pakcik itu. Sesekali bukan bahasa manusia pun yang dihingarkan kepadaku. "Psssst!  Pssst! Hussssh! Haaiiiiipp!" Sama saja mungkin di inderanya, aku dengan anjing berkutu teman tidur kami semalam. Tetapi hari ini, nasibku sedikit baik. Banyak pakcik auto berlegar-legar di kawasan pintu gerbang, membuat pakcik jaga bengis itu tak keruan. Aku menyelinap di sebalik auto dan kemudian lekas-lekas lari sambil menggendong Adik di belakangku. Terlihat pakcik menghayun-hayunkan kayu yang selalu dipegangnya ke arah wajah pakcik auto yang paling hampir, berteriakan entah apa-apa. Berat Adik tak terasa, kerana ini peluang cari makan. Bahu aku sudah berbekas hasil menggalas kain gendongan, tak terasa lagi culas.

Tersedar aku dari lamunan dikocak arus bunyi deruman enjin two-wheeler. Ah, rezeki. Belum sempat penunggang two-wheeler itu mencabut kunci, aku terus bersegera mendapatkannya. "Akka, koodi akka. Koodi." Sambil aku membuat isyarat menyuakan tangan ke mulutku.

                                                                           ***


Thursday, September 26, 2013

Gantungkan padaNya

Gelisah, gundah
Berputar-putar pelbagai telah
Berpusing-pusing fikiran merencah

Pandang ke atas
Tanganmu, tadahlah
Kerana urusan segala dunia
Bukan pada yang terngadah
Hanya pada Dia, ku adu segala senang susah

Oh Rabbal 'Alamin!
Permudahkanlah.

Wednesday, September 25, 2013

Terima kasih, bintang solo

Bintang
Hanya satu di langit malam
Terang
Seolah-olah cuba melawan arus kelam
Betapa tabahnya dikau, sang bintang
Meski tiada siapa pun memandang
Kau terus-menerus membakar diri
Dari jauh sehingga mati
Menjadi lohong penghisap periferi.

Duhai bintang
Aku sayang, dan aku pandang
Kerana kita sama-sama sendiri
Sendiri lagi di malam sepi ini.

Monday, September 23, 2013

Bercermin peri

Kamu
Hanya layak kugelar idola
Dan bukan temanku.

Dan aku sedar siapa aku
Masih mengais tempat berpijak di tanah peroi
Ditiupkan angin, terbang lagi mencarah hati untuk bermula dari kosong.

Aku sudah letih dengan cermin
Sehingga aku ambil keputusan
Untuk berpaling dan mengambil lorong sendiri

Walaupun sendiri itu, aku benci.

Sunday, September 22, 2013

Surat buat Keon

Aku minta maaf, wahai diri, kerana sifatku yang suka mencipta perbualan kosong sehingga memalukan diri sendiri.

Aku juga minta maaf kerana tak cukup sabar dengan kondisi dan keadaan dunia yang kadang-kadang menyempitkan jiwa dan meranapkan hati.

Sungguh, bukan dunia ini yang sempit, tapi aku yang mencipta kotak lutsinar bernama samarankan idealis.

Aku mahu kita terus berusaha untuk membaiki diri, dan terus menjadi lebih baik walaupun tak ada sistem yang memapan kita dari belakang.

Ingatlah, bahawa kemajuan itu perlu demi keselesaan bangsa dan emosi sendiri di abad depan.

Akhir sekali, janganlah kau berputus asa dalam perjuangan ini, kerana apa yang kita perjuangkan belum selesai iaitu agenda membangunkan jiwa dan karier kita demi menjadi satu ejen masyarakat yang terbangkit. Putus asa bukanlah pilihan bagi kita.

Assalamualaykum, aku sayangkan kau.

Yang benar,
Dirimu.

Saturday, September 21, 2013

Beyond fixing

Is my heart, I think. Once upon a time.

Tapi bukan kita yang memegang hati.
Tapi Tuhan.

Tuhanku,
Sebagaimana kau memancarkan mata air di tengah padang pasir-
Hidupkanlah semula dan susunlah bongkah-bongkah pecah hatiku.

Kerana aku perlu berhati-hati.

And I will try,
to fix me.

Friday, September 20, 2013

Mistakes and lessons

Repeating the same mistake again and again is stupid. Hence I'm kinda stupid, eh?

There are some situations that are out of our control. Which we only learnt afterwards. And there are things that we can control. It is called choices.

And both are essential, in the building blocks of a person's personality and image.

But by the end of the day, the only image portrayed by us that we need to be mindful of, is the image we showed to our Creator, Allah azza wa jalla. He wants the best from us, yet he understands our shortcomings.

Ya Allah, increase us. Ameen.