Engkau adalah bintang, adalah bintang.
Sering ditunggu orang-orang
Dirindu-rindu pabila hilang
Dinamakan denganmu orang tersayang
Apa jasamu dikenang-kenang?
Engkau, jauh
Cuma berkilau-kilau
Terkenyit-kenyit di malamnya langit
Sekadar rupa, sekadar ada
Tiada pun yang terjatuh, engkau menghulur tangan, membangkit
Manusia memang mudah terpesona
Dengan segala kelip-kelip, kilat-kilat, kilau-kilau yang bersahaja
Manusia memang memandang rupa
Jika tidak masakan engkau yang jauh disanjung-puja
Aku tidak membencimu, bintang.
Tapi aku juga tak mahu memujamu.
Jiwa diselubungi awan-
Jika aku hilang, tiada yang tahu.
Aku bukan bintang sepertimu.