Engkau adalah bintang, adalah bintang.
Sering ditunggu orang-orang
Dirindu-rindu pabila hilang
Dinamakan denganmu orang tersayang
Apa jasamu dikenang-kenang?
Engkau, jauh
Cuma berkilau-kilau
Terkenyit-kenyit di malamnya langit
Sekadar rupa, sekadar ada
Tiada pun yang terjatuh, engkau menghulur tangan, membangkit
Manusia memang mudah terpesona
Dengan segala kelip-kelip, kilat-kilat, kilau-kilau yang bersahaja
Manusia memang memandang rupa
Jika tidak masakan engkau yang jauh disanjung-puja
Aku tidak membencimu, bintang.
Tapi aku juga tak mahu memujamu.
Jiwa diselubungi awan-
Jika aku hilang, tiada yang tahu.
Aku bukan bintang sepertimu.
bintang ni syafiq izzat ke? hahaha. out of nowhere. kbai.
ReplyDeleteBukan kak sarah. Bintang di langit haha tibah kat bintang pun stress ><"
Delete