"Kak, letak dulu buku tu. Solat dulu."
Ummi menjenguk aku dari pintu. Lekas-lekas aku telangkupkan Kindle dan melompat turun dari katil.
Aku dan buku. Satu kisah cinta.
Aku memang sukakan buku. Ummi sukakan buku semasa mengandungkan aku. Masa waktu-waktu terakhirnya nak bersalinkan aku pun masih mengulit buku, sampai ditanya nurse padanya, "Masih belajar ke?"
Ummi senyum. "Tak, memang suka baca buku."
Aku mula-mula sekali diperkenalkan dengan buku baby yang ada huruf bergambar itu. Umur setahun setengah, aku hafal and betulkan kalau ummi sengaja baca salah. Dalam empat-lima tahun, aku dah boleh membaca. Aku baca semua benda. Belakang botol syampu, papan tanda, surat khabar, buku gerakan gerilla atok- you name it. Tempat favourite aku masa kecil ialah library dan kedai buku. Kena tinggal berjam-jam pun okay. Kalau aku hilang kat mall sila cari di kedai buku. Pasti berjumpa. Dah hafal directions to kedai buku kat our frequent mall kat mana. Paling dahsyat masa masih minum dari botol susu, aku akan sediakan tempat tidur sendiri- mesti ada bantal, botol susu, dan sebuah buku kegemaran aku, sila panggung depan tv demand nak tengok Bambi. Amagad why Keon. Ummi gelak-gelak sendiri, tapi katanya dia lagi rela anak suka baca buku daripada kuat main games.
Aku juga menyalahkan kecintaanku kepada buku, jadi penyebab aku pakai cermin mata. Ummi selalu suruh tidur awal masa kecik-kecik dulu. Aku taknak- sebab belum habis baca buku. Cara ummi marah, ditutup habis semua lampu. Aku baring depan sliding door ruang tamu, mata terkenyit-kenyit baca buku pakai lampu jalan kat luar. Gigih tak gigih. Awal darjah tiga, amik kau power dah 300. Yay me. Power yang tak boleh tak pakai cermin mata. Mesti pakai all the time. Jadilah episod spek hilang sebab aku cuai, patah atau sengaja patahkan (ya, pernah. Pastu kantoi dengan pakcik kedai spek. Memang menempah rotan once balik rumah.)
Aku sentiasa ada kad library di sekolah dan luar sekolah. Tapi aku tak pernah menang anugerah Nilam pun. Aku suka baca buku, tapi malas rekod haha. Waktu rehat selalu main chess dengan Aaron Lim kat library, lepas tu baca buku/siapkan homework. Ayah memang suruh aku pergi library untuk buku, sebab katanya masa dia kecik2 mana ada duit nak beli buku, library kan banyak buku. Tapi buku kat library dengan buku kat kedai buku tak sama😢 Aku belajar sukakan bau buku lama. Jadi bila darjah 4 aku baca Sejarah Melayu, darjah 5-6 ketagih Classics. Walaupun sekarang dah ingat-ingat lupa, tapi kawan sekolah rendah aku tak lupa aku budak pendiam yang suka mereput kat library baca buku tak pandang kiri kanan setiap hari pinjam 3 buku bawak balik rumah. Ada beberapa kali kena ganti duit sebab adik aku conteng/koyak/hilangkan, tapi aku tak serik-serik. Semacam ada satu dahaga yang tak hilang bila baca buku. Lagi satu, bila baca buku aku dapat idea, dan kemudian boleh menulis. Ah, I miss my younger self.
Bila aku suka membaca, banyak info yang aku dapat. Aku budak kecik annoying yang suka fire orang dengan facts untuk pertahankan diri sendiri for selfish reasons. Macam haritu ummi cerita, aku pernah bising kat semua orang yang makan jajan tak baik untuk kesihatan, nanti gigi reput, dapat kencing manis dan darah tinggi. Tapi kalau aku makan takpe. Kalau orang mintak jajan aku, padanlah muka kena dengar syarahan kesihatan dari budak darjah tiga. Dengar balik aku pun rasa nak lepuk diri sendiri kenapa kau menjengkelkan ha budak. Tau la pandai. Pandai-pandai pulak guna for self benefit. Haha.
Sampai ke hari ini aku masih sukakan buku. Suka sangat-sangat sampai boleh melompat macam jumpa cinta hati. Eh memang cinta hati pun. Haha. Dan kalau dah mula baca buku susah nak bergerak. Itu yang ummi kadang-kadang jerit dari luar bilik, kak kau kalau baca buku macam ayah tengok bola! Apa pun tak boleh! Kadang-kadang aku terfikir juga buku ni macam a distraction for me. Kalau ada orang addicted dengan K-drama, J-dorama, dan benda-benda lain yang aku takde patience untuknya itu, aku addicted dengan buku. Takpayah makan pun takpe. Jangan kacau masa klimaks buku. Nescaya akan disumpah olehku lol.
Aku cuba berubah jadi lebih baik, sebab apa pun yang kita suka kat dunia ni kena berpada-pada. Aku taknak baca buku dan ignore ummi. Aku taknak baca buku dan tak nampak dunia. Tapi instead, aku harap dengan baca buku aku lebih faham dengan dunia. :)
Okay sudah-sudahlah. Ini akibatnya masih hyper sebab semalam mencandat hari ini all biological clock went berserk. Esok kerja English teacher. Tak lama lagi ada assessment dan report cards day. Kelas sangat budak tadika ada assessment. Aku mana tahu, dulu aku tak masuk tadika. Hihi.
Sampai jumpa,
Assalamualaykum.