"Why do you think they call girls- GIRLS? Because they giggle. Get it? Girls? Giggles?"
"Then can't boys giggle too?"
"Boys chuckle."
"Then that's unfair! They should've call it boggles."
"Now you're just being ridiculous."
"Why do you think they call girls- GIRLS? Because they giggle. Get it? Girls? Giggles?"
"Then can't boys giggle too?"
"Boys chuckle."
"Then that's unfair! They should've call it boggles."
"Now you're just being ridiculous."
Seloka malam cinta
Membongkar loker luka
Madu bersalut sutera
Manis lekit jiwa
Rimas, lengas
Tewas.
Seloka malam cinta
Dini pagi sejurus memecah
Keseribusatuan yang makin parah.
Seloka malam cinta
Kedengaran indah
Padahal berpusing dalam satu jiwa cuma
Berbolak balik seperti panah
Dibusurkan tali yang basah.
Ah, gundah
Entah sampai bila kan ketemu sudah.
Kerana suatu apa pun tak akan dapat menahan gejolak kemahuanmu.
Saban tahun kau mengira waktu
Bila detik-detik di bumi asing ini akan berlalu
Terasa lambat terasa berat
Tetap jua kau tak tergugat
Sedikit saja lagi, bahkan, kan kau akhirinya
Jiwa sudah mahu meletup tak sabar persisnya
Lagu-lagu semua bernada semboyan lagaknya
Gempita belerang memancar
Anak rantau kan pulang
Tak dihantui bayang kan pergi lagi
Bagaimana enam tahun berlalu sekelip mata?
Gelar-gelarmu juga sudah berganti
Masa depanmu tetap asyik tak pasti.
Bandara negaraku, sabarlah menanti dalam dua purnama lagi.
Aku sering menerima cadangan untuk masuk peraduan menulis ini dan itu dari sahabat handai dan adik-beradik aku sendiri. Walaupun tak pernah memenangi apa-apa peraduan ataupun menyiarkan karya aku di mana-mana media cetak, saban tahun ada aje adik aku tag aku di twitter atau facebook atau whatsapp. Terima kasihlah sebab percayakan aku ada bakat menulis. Aku minta maaf juga kerana selalu malas. Aku selalu salahkan writer's block. Padahal kalau tweets aku di twitter sana dikompilasikan, agaknya dah terhasil 2 buah buku. Tapi siapa saja yang mahu baca bebelan aku. Bebelan matluthfi90 mahulah orang membacanya.
Aku dah hampir putus asa sampai lah semalam aku terbuka fail2 cerpen separuh jalan aku di laptop aku. Kebetulan buka laptop kerana nak test printer bertuah boleh pakai lagi ke tidak. Terbuka pula benda lain. Dan2 tu jugak sempat update 2 ayat dalam cerpen latest. Roommate aku yang dah lama tak nampak aku menaip menyangka aku menaip surat rasmi. Bila aku katakan aku tengah taip cerpen, dia gelak sampai hampir terkeluar air hidung. Tahulah aku tak berbakat, takperlu sampai begitu menghina aku.
Tadi aku terbaca latest post Shahkang yang menceritakan tentang teknik Golden Hours dalam penulisan. Katanya teknik ini memerlukan seorang penulis untuk tulis apa saja mengenai subjek yang diinginkan, tanpa mengambil kira soal terlupa fakta dan kesalahan tatabahasa. Kemudian barulah disunting apa jua yang ditulis/taip itu. Bagus juga fikir aku. Kalau menaip mengikut apa saja yang ada dalam otak aku ketika dan saat itu memang hebat juga. Tengok sajalah twitter aku yang tak pernah sunyi itu. Cumanya aku kadang2 terlampau perfeksyionis bila nak menghasilkan karya. Nak tunggu ilham konon2nya. Dapat dua baris lepastu simpan dalam buku nota seratus tahun sampai mereput.
InshaAllah akan dimanfaatkan. Post kali ini juga menggunakan cara golden hours. Tapi probably aku takkan sunting lah ya. Peduli apa aku. Haha.
Salam satu india dan jumpa lagi.
Kerana aku adalah ombak yang diurai-urai di pesisir pantai
Dan dikembalikan untuk bersatu dengan lazulinya sang samudera
Kerana aku adalah pecah-pecah cahaya kala mata terpandang terus ke suria
Cuma untuk kembali jernih menghambur kabur beberapa minit kemudiannya
Kerana aku adalah kepingan daun-daun kering pancawarna yang gugur
Untuk bersama permaidani jingga, kuning, merah, menyelimuti tanah.
Aku adalah aku, yang penuh retak dan tidak akan sesekalinya sempurna.
Namun keanehan seorang aku mungkin saja cantik dan bermakna di sesuatu detik dan sudut yang tak ketahuan oleh kita.