Kerana aku adalah ombak yang diurai-urai di pesisir pantai
Dan dikembalikan untuk bersatu dengan lazulinya sang samudera
Kerana aku adalah pecah-pecah cahaya kala mata terpandang terus ke suria
Cuma untuk kembali jernih menghambur kabur beberapa minit kemudiannya
Kerana aku adalah kepingan daun-daun kering pancawarna yang gugur
Untuk bersama permaidani jingga, kuning, merah, menyelimuti tanah.
Aku adalah aku, yang penuh retak dan tidak akan sesekalinya sempurna.
Namun keanehan seorang aku mungkin saja cantik dan bermakna di sesuatu detik dan sudut yang tak ketahuan oleh kita.
No comments:
Post a Comment