Terjepit di tengah
Yang tak ketahuan bila mulanya
Seperti melalui jambatan sempit
Kayunya rapuh
Jalannya satu
Tibanya sakit
Tak mahu lalu lagikan rewet.
Terjepit di tengah
Yang tak ketahuan bila mulanya
Seperti melalui jambatan sempit
Kayunya rapuh
Jalannya satu
Tibanya sakit
Tak mahu lalu lagikan rewet.
Persiapan viva - Membelek-belek instrumen - Mengecilkan biji mata menilik gambar sinar X - melihat spesimen lama lalu terpacul terus sakitnya - Viva yang sekejap - kurasakan lama - kerana menjawab soalan bermulut - tak semudah menangani luka kertas.
Menghadang curahnya hujan di bumi nan dahaga itu
Lebih meluluhkan, daripada kemarau panjang tanpa jeda.
Apa kerana kamu di tangga atas
Kamu fikir kamu boleh berlaku apa-apanya saja
Terketukkah di benakmu,
Yang terlantar melarat di pinggir kotamu
Memanggil rahmat, malah dibalasnya cemeti ke muka?
Sungguh, kasihannya kamu,
Kerana fikirmu,
Fikirmu, denda dan larangan
Mampu melawan Yang Memberi Kudrat dan Rahmat.
Bulan mulia ini,
Ceritera ummah menggendangkan pilu
Hari pertamanya saja menyaksikan
Palestina dibedil bertalu
China dilarang puasanya
Myanmar terus diserang 'pihak berkuasa'
Dan Malaysia
Tanah air yang kucanangkan harmoninya ini
Menghalang sedekah pada fakir di kaki limanya.
Apakah terlalu lemahnya ummah ini
Sehingga terpalu, terpukul begini
Apakah terlalu hinanya kami
Sehingga tak tersampaikan doa-doa kami di hening dini
Apakah yang bakal terjadi lagi
Dengan baki dua puluh lima hari
Ramadhanku ini?
Sungguh sesak jiwaku
Sungguh sayu seluruh ragaku
Meski punya ujian kecil di hari empat
Ingatan pada yang lebih melarat, lebih menggugat.
Ihzimhum, wansurna 'alaihim.
Exam's on July 10th.
Will be going back home on July 13th.
I don't know how I feel about the exam, but I guess, I'm not feeling much.
My mum keep saying that I should come home faster so that we can break fast together. And not to worry much, cz she know I can do it.
She knows.
But I don't.
Heck we humans doesn't even know what we know, usually, in the first place.
First day of Ramadhan going uneventfully. The first tarawih, led by a Nigerian junior. His recitations were nice.
Then the sahur with nuggets and mineral water. Subuh. Recite the qur'an.
Gonna break fast with Jee later.
Selamat datang, Ramadhanku
Selamat Datang!
Dimulai gemersik bukaan pepintu syurga
Bertebaran haruman kasturi di bumi melata
Berterbangan malaikat-malaikat beratus jenis sayapnya
Indah buana
Indah semesta
Se-berlabuh rahmat cinta Sang Pencipta
Selamat datang, padamu, Yang Mulia
Berapa banyak insan yang hatinya dulu ternoda kini terbuka
Betapa santun saf-saf tarawih berdiri di malam-malamnya
Syaitan celaka dipenjara, jiwa bebas ke angkasa
Dalam doa di sepi malam memohon ampunan-Nya
Bulan cintanya, bulan mulia,
Aku baru berjumpa denganmu
Jangan kau lekas-lekas berlalu
Biar berbasuh segala dosaku
Biar bertamu segala insafku
Biar di akhir pertemuan kita,
Aku seperti bernafas baharu.
Selamat datang,
Selamat datang.
21:44, 28 Jun 2014/30 Syaaban 1435
Bilik Dua Kosong Enam,
Davangere, India.
Apa yang kau tunggu?
Nanti, nanti
Serasa punya satu semesta
Di garis linear tak patah kembali
Sedang kau tahu
Segala nahu
Yang memuntahkan ingat
Bahawa kita
Tak punya saat
Untuk melebihi waktu tamat
Bila masanya henti
Dijerumus mati.