Saturday, April 19, 2014
Back here, this and that
I guess 3 months at home really kinda make me feel like a different person. My senior told me that I look different, but maybe partly that was because I gained 2kgs at home. Which is an achievement unlocked for me, cz I rarely do so. Usually I lose weight when I'm at home, because the way my family eats are probably a bit healthier than the way I eat here in India. More veggies and soups, no coconut milk (usually) in our food. But yeah we love it that way.
Andddd another setback of being too long at home and soooo attached to my mom (I followed her everywhere. Even sending my baby siblings to school. She's the one who insists) made me super duper homesick when I get back here. I just realised yesterday that I've been camping inside my room for a straight 5 days. Wuht. -____-" And I still couldn't take Indian food. I guess it's the spices I'm not used to, my tastebuds still crave for soupy dishes.
By the way yesterday we have this small picnic halaqah thingy in front of our hostel. We discussed about Allah's characteristics in concern of food and water. Which is a really vast thing if you really ponder on it. Our lead was Surah 'Abasa, Ayat 17-32.
So we discussed those things and by the time we nearly finished, it was reaching Maghrib and lightning were dancing above our heads, leaving me very uncomfortable and a beautiful headache. If anything, I hate being outside during dusk. I SUPER HATE IT. What with the lightning too. People, next time don't put us in danger again, super dang please. I didn't caught the last points of our discussion cz I was busy praying that I wouldn't die today. The anxiety even increased cz just a week back there was news of some kid in a boarding school in Malaysia who died cz he was stroke by a lightning. You people don't read Malaysian papers, that's why you guys are so calm!!! Argh so frustrated. Next time I would've just run away, faking excuses like I need to pee or something. It really sets me off cz I have to deal with the headache throughout the night.
So that's it.
I just wanna do my exams and go home again.
Friday, March 21, 2014
Omelan tua dan bawaan muda
Pagi tadi, ummi mengutarakan sesuatu yang amat bernas.
Menurut observation ummi, orang-orang tua yang nyanyuk akan lupa pada perkara yang baru berlaku, dan sebaliknya akan ingat pada perkara yang biasa dilakukannya atau menjadi kepentingan padanya di waktu muda.
Dia akan mengulang-ulang kisah kegemilangan mudanya, perkara kesukaannya, bahkan perbualan-perbualannya sesama tetangga. Tanpa jemu. Tanpa mengira apakah ada yang menadah telinga atau tiada. Sama saja. Mungkin mengulang-ulang kisah lalu mengundang bahagia di hatinya. Tapi bagi kebanyakan orang yang masih sihat di sekelilingnya, kadang-kadang perkara itu menjadi sesuatu yang tak mahu didengari. Lantaran ianya tak menarik. Dan tak ada kaitan dengan diri si pendengar. Maka jadilah dia seperti radio antik yang berkuasa alternatif. Takkan habis tenaganya hendak diceritakan semua kisah mudanya. Kisah jasanya. Kisah dia. Dan dia saja.
Kisah kini dia lupa. Dia ulang-ulang kisah lama.
Perkara ini memang biasa terjadi pada orang tua. Terutama yang tak banyak menggunakan daya fikir selepas usia pencen. Duduk berehat di pangkin. Tak sihat untuk otak. Perkara biasa. Tapi senario yang serupa. Kisah lama diulang putar. Diputar lagi dan lagi menggunakan gramofon larynx berkuasa mitokondria.
Di sinilah, kita kupas pembawaan diri ketika muda.
Orang yang masa mudanya sibuk mengumpul setem, akan bercerita kisah setemnya.
Orang yang mudanya habis di kelab, akan bercerita akan kelincahan tarinya.
Orang yang mudanya sibuk menjaga anaknya bagai ditatang, akan tertawa sendiri pada kisah anak-anaknya sewaktu kecil. Meski anaknya sudah bercucu dan dia bergelar moyangnya.
Sekarang,
Sila bayangkan jika orang itu, masa mudanya habis dengan mencari ilmu agama. Ilmu yang bermanfaat. Tafsir quran. Aktiviti sukarelawan. Hafiz, hafizah.
Pasti setelah tiba masanya, yang keluar dari mulutnya- hanyalah bait-bait hikmah semata, menjadi air yang menyiram jiwa-jiwa kontang orang yang mendengarkan. Menjadi oasis tempat tadahan segala kebaikan.
Alangkah indahnya.
Formulanya? Manfaatkan masa muda sebaiknya. Cari ilmu seluasnya. Beramal sebanyaknya. Agar saja sehingga sehabis nafas terjeda, kebaikan saja yang mengalir dari lisannya.
Aku terkedu dan bertanya semula pada diri, apa yang aku lakukan di usia mudaku?
Ataukah aku sama saja gerabaknya, dengan mereka yang berharap akan mengubah diri menjadi baik, ketika tibanya usia matang?
Berani-beraninya kau berjudi umur, sedangkan nafas sesaat sesudah ini pun tak boleh kau jaminkan ada atau tiadanya.
Maka, mari, tanamkan dalam diri,
Cuba menjadi manusia bermanfaat, khalifah yang baik di atas bumi.
InshaAllah.
Dan yang indahnya, kata ummi, setakat ini ummi belum pernah ketemu orang-orang tua yang hidupnya tak lekang dari al-Qur'an, menjadi nyanyuk di kala tua. ;)
Subhanallah walhamdulillah.
Dugaan, dan lampu trafik di Kuala Lumpur.
Aku mempunyai lagu Life Is A Highway dalam playlist lagu-lagu membinaku. Tapi kadang-kadang, aku tak rasa bahawa lagu itu tepat menggambarkan hidup ini.
Hidup ini tak seperti lebuhraya yang luas dan laju dan (hampir) tak ada penghalang.
Hidup ini, lebih seperti jalan-jalan di Kuala Lumpur. Setiap lebih kurang 200-400m, akan ada satu lampu trafik yang melambatkan perjalanan. Namun jika tiada lampu trafik, lalu lintas akan menjadi porak-peranda, tak bersistem, banyak kemalangan jalan raya boleh terjadi. Ya lah. Bukan semua pengguna jalan raya itu pengguna yang berhemah. Lebih banyak yang samseng. Lebih banyak yang suka memotong sesuka hati. Lebih banyak yang tak pandai menggunakan lampu isyarat untuk belok ke kiri. Dan ke kanan. Dan pelbagai lagi. Jadi kita patut berasa tenang dengan kehadiran lampu trafik. Walaupun ianya melambatkan. Ia mengelakkan kecelakaan yang lebih mudarat.
Apa kaitan dengan hidup?
Hidup kan banyak dugaan.
Lampu trafik=dugaan.
Perjalanan hidup jadi lebih susah. Kadang-kadang lambat. Menguji sabar. Menguji mulut, apakah akan diam atau mencaci maki ketika waktunya mengujakan.
Menguji hati apakah kuat menghadapi kelewatan ini.
Tapi ianya, adalah rancangan Allah, untuk sesuatu yang lebih besar. Mengelakkan kecelakaan pada hati dan diri. Yang lebih memudaratkan daripada setakat satu 'glitch' kecil seperti dugaan ini.
Kerana Dia Maha Tahu. Akan kebaikan dan kelemahan kita semuanya.
Bawalah bersabar, dan istighfar.
Hanya dengan mengingati Allah lah, jiwa-jiwa akan dibasuh tenang.
Monday, March 17, 2014
sekelumit cahaya
menggencarkan jiwa. memecahkan rasa.
senyum senyum sendiri di hadapan komputer ribaku.
senyum yang telah lama tak bertamu.
senyum, kerana aku mengapresiasikan minatku, dan cita-cita asalku.
aku suka baca, lalu aku suka tulis.
dan aku mahu terus tulis, tak kira yang indah, cantik, mahupun hina.
asal saja aku tak berhenti.
jangan.
jangan berhenti.
biar kita mula di sini.
perlahan-lahan tanpa jeda
sampaikan kita tiba
di hujung nanti.
Tuesday, March 11, 2014
Benci
Tapi di sini segalanya kukongsikan.
Aku tak suka kalah
Tapi akhirnya aku yang kekalahan.
Aku tak suka pada yang tak berfungsi
Tapi hari ini, telefon bimbitku rosak lagi.
Aku tak suka tak dipeduli
Tapi dalam mindaku, kau terus-terusan menolakku ke tepi.
Aku tak suka dan tak suka lagi
Tapi mengalami rasa benci
Menerbitkan aku
Yang lebih gagah dan sirna jiwanya
Yang lebih syahdu tangisnya
Yang lebih murah berinya
Yang lebih dalam doanya meminta supaya
Semua yang ku tak suka
Aku harus saja suka
Jika itu, mengkupas topeng jahilku.
Bukit Mahkota
7.15pm 11 Mac 2014
Saturday, March 8, 2014
Tanya sama aku, apa itu bintang?
Jika kau tanyakan padaku,
Apa itu bintang?
Nescaya akan kukhabarkan padamu
Ianya sesuatu yang terang
Berkerdipan di dada langit yang hitam
Kemudian di dalam bilik tidurmu ada cahaya berkelip-kelip dalam gelita
Kau tanyakan lagi, jadi inikah bintang?
Bukan, ujarku.
Itu cuma cahaya dari komputer ribaku cuma.
Aku heret kau ke padang rumput luas di waktu malam
Aku paksakan kau lihat ke atas
Dan pandang bintang-bintang yang bertaburan, membikin buruj-buruj yang menunjukkan jalan
Supaya kau tak keliru lagi dengan yang palsu.
Dan kau tak gentar lagi mengatakan bahawa,
Yang berkerdip,
Tak semestinya adalah bintang.
Aku tak peduli apa pun tanyamu lagi setelah ini-
Kerana aku telah menunjukkanmu bintang yang asli
Dan kau juga harus menjadi bintang yang asli
Kerana bintang yang sebenar-benarnya bintang itu,
Hanya akan indah di malam yang hitam pekat.
Bukan di kala siang ketika manusia riuh menyuarakan sorak-sorainya.
Jangan kau kata, yang hitam itu semestinya jahat.
Kadang-kadang kerana wujudnya hitam lah-
Kau kenal apa itu putih.
Emowowowo
Tak seindah atelier gubahan bunga
Tak sewangi haruman Prada
Tapi akan ku pastikan
Kita akan berakhir jua
Dengan senyuman di balik topi mortar
Lewat atau cepatnya
Cuma ilusi mata
Secuma
Sekelipan minda.
aku emosional. tapi aku bangga kerana masih memiliki empati
untuk yang belum mencapai jaya
dan sungguh-sungguh merangkak menebas arus badai
demi cahaya di hujung jalan.
oh ya. semoga saja pengakhiran MH370 tak berakhir tragedi.
Hasbunallah wa ni'mal wakil.