Aku mempunyai lagu Life Is A Highway dalam playlist lagu-lagu membinaku. Tapi kadang-kadang, aku tak rasa bahawa lagu itu tepat menggambarkan hidup ini.
Hidup ini tak seperti lebuhraya yang luas dan laju dan (hampir) tak ada penghalang.
Hidup ini, lebih seperti jalan-jalan di Kuala Lumpur. Setiap lebih kurang 200-400m, akan ada satu lampu trafik yang melambatkan perjalanan. Namun jika tiada lampu trafik, lalu lintas akan menjadi porak-peranda, tak bersistem, banyak kemalangan jalan raya boleh terjadi. Ya lah. Bukan semua pengguna jalan raya itu pengguna yang berhemah. Lebih banyak yang samseng. Lebih banyak yang suka memotong sesuka hati. Lebih banyak yang tak pandai menggunakan lampu isyarat untuk belok ke kiri. Dan ke kanan. Dan pelbagai lagi. Jadi kita patut berasa tenang dengan kehadiran lampu trafik. Walaupun ianya melambatkan. Ia mengelakkan kecelakaan yang lebih mudarat.
Apa kaitan dengan hidup?
Hidup kan banyak dugaan.
Lampu trafik=dugaan.
Perjalanan hidup jadi lebih susah. Kadang-kadang lambat. Menguji sabar. Menguji mulut, apakah akan diam atau mencaci maki ketika waktunya mengujakan.
Menguji hati apakah kuat menghadapi kelewatan ini.
Tapi ianya, adalah rancangan Allah, untuk sesuatu yang lebih besar. Mengelakkan kecelakaan pada hati dan diri. Yang lebih memudaratkan daripada setakat satu 'glitch' kecil seperti dugaan ini.
Kerana Dia Maha Tahu. Akan kebaikan dan kelemahan kita semuanya.
Bawalah bersabar, dan istighfar.
Hanya dengan mengingati Allah lah, jiwa-jiwa akan dibasuh tenang.