Tuesday, August 27, 2013

Tak Bisakah - Peterpan

Hatiku bimbang namun tetap pikirkanmu
Selalu, kau di dalam hatiku
Ku berjalan sejauh apa pun itu
Selalu, kau di dalam hatiku

Ku berjalan, berjalan memutar waktu
Berharap, temukan sisa hatimu
Mengertilah, ku ingin engkau begitu
Mengerti, kau di dalam hatiku

Tak bisakah kau menungguku,
Hingga nanti tetap menunggu?
Tak bisakah kau menuntunku,
Menemani dalam hidupku?

Thursday, August 22, 2013

Messed up self

Fikir sampai pecah kepala pasal masalah ummah pun, tak guna juga kalau diri sendiri messed up.

ya Allah, tegakkanlah Islam di dalam diriku dan ahli keluargaku, agar lebih mudah doaku Kau terima dan lantunan doaku sampai kepada saudara-saudaraku yang menderita di Syria, Mesir, Palestin, Burma dan di mana jua pelosok dunia di mana mereka tertindas ya Allah. Ampunkanlah kami yang takdapat berdiri secara fizikal bersebelahan mereka. Dan selamatkanlah kami, sesungguhnya Engkaulah pelindung kami dari kejahatan kami sendiri dan kejahatan makhluk lain.

Am feeling so backwards and down nowadays....and I need to constantly remind myself that I dont reach Allah to be successful in my final year. But I need to use my final year to reach Allah.

Aduhai diriku yang lemah dan tenggelam dalam kelekaanku. Bangkitlah. Sudah-sudahlah semua ini.

Wednesday, August 21, 2013

Syria

Harini Damsyik, Syria dibom oleh tentera Bashar Al-Assad laknatullah dengan menggunakan bom kimia.

Ramai yang terkorban, disebabkan serangan sistem pernafasan dan kekurangan alat bantuan kecemasan yang basic macam atropine dan ventilator. Paramedics dan doktor pun cuma gunakan cuka sebagai antidote. Sangat menyedihkan! Sebahagian besar yang terkorban adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

Tadi aku terbaca ayat ni,

Surah Al-Baqara, Verse 154:
وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
(Melayu)

via iQuran

Ya. Mereka terlebih dahulu telah dijemput menemui Allah dalam rahmatNya kerana keimanan mereka.

Masyarakat melayu Malaysia masih dihimpit hedonisme yang bertali arus. Kadang-kadang aku rasa aku pun lemah. Taktahu kalau-kalau datang ujian seberat di Mesir atau Syria, mampu ke aku menjadi golongan yang diredhai Allah?

Allah, hanya Engkaulah penolong kami, dan matlamat kami. Ampunkan kami ya Allah.

Ihzimhum, ihzimhum, ihzimhum, wansurna 'alaihim! Allahumma amin!

Jom.

I just wanna feel okay again. -Taylor Swift, Mean

Degil!

the Stubborn trait in me.

well, i met my mom's friend years back and she is known to know how to figure out a person's personality from his/her birthdate. she went to a course for that and yeah i'm quite skeptical (still am actually) but I just go with it as to respect her.

yeah i used to hangout with my mom and her friends like that.

and so she asked for my birthdate and the time of my birth.

then she told me that my strongest trait is my stubborn-ness.

Degil, kata aunty tu.

My mom strongly agreed. She said it is super hard or nearly impossible to tell me not to do a thing when I had set my mind to it.

And so, aunty Z told me that stubborn can be either good or bad.

If I'm stubborn to do something good, then it'll be a good thing.

But throughout the years I went through after that, I learnt that some things just cant bulge or go the way you want it to be, no matter how hard you tried. But alhamdulillah I also learnt that Allah judges a person based on his/her actions and effort, not the results. So it kinda put me at ease when I encounter things that I couldnt change or adapt to.

And I also learnt that I need to differentiate between being stubborn and just pure ego.

The end.

Cant sleep, hence this.

Good night and peace out.

Tuesday, August 20, 2013

Rambang

Esok aku ada exam internal Medicine selama satu jam setengah, bermula dari jam 12 hingga jam 1.30 petang.

Dan malam ini aku tak mampu menutup mata pada waktu yang sepatutnya (sebaik saja habis membaca topik sasaran.) Fikiran aku mula menerawang entah ke mana-mana sambil visual dan ibu jariku rancak menggodek laman sosial instagram, twitter dan facebook berulang-ulang.

dan akhirnya aku membaca tulisan di blog-blog. aku sedar akhir-akhir ini aku banyak membaca blog berisi tips-tips membina keluarga bahagia dan dirahmati, mengulit gambar anak-anak kecil yang comel. Mungkinkah pada usia ini, memang ini suapan mata makanan minda?

dan kemudiannya aku terus insaf dan sedar bahawasanya jodoh itu sudah tertulis ada atau tiadanya di Luh Mahfuz sana, dan aku, masih lagi tertatih-tatih langkah binaan individu Muslimnya.

Ya Allah, permudahkanlah kesemuanya dalam keredhaanMu.

nota kaki: jiwa juga masih gelisah mengenangkan Mesir. tapi diri sendiri ini perlu dihidupkan Islam dalam jiwa. binaan paling asas tahap batu-bata dalam penggerakan menuju UA.

Sunday, August 18, 2013

Pencuri

Pencuri nyenyaknya tidur dan lenanya mimpi
Perampok tenangnya nafsi dan damainya hati

Hai. Nyah kau dari semesta ini.
Eh tidak. Aku sekadar canda.