Wednesday, August 21, 2013

Syria

Harini Damsyik, Syria dibom oleh tentera Bashar Al-Assad laknatullah dengan menggunakan bom kimia.

Ramai yang terkorban, disebabkan serangan sistem pernafasan dan kekurangan alat bantuan kecemasan yang basic macam atropine dan ventilator. Paramedics dan doktor pun cuma gunakan cuka sebagai antidote. Sangat menyedihkan! Sebahagian besar yang terkorban adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

Tadi aku terbaca ayat ni,

Surah Al-Baqara, Verse 154:
وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
(Melayu)

via iQuran

Ya. Mereka terlebih dahulu telah dijemput menemui Allah dalam rahmatNya kerana keimanan mereka.

Masyarakat melayu Malaysia masih dihimpit hedonisme yang bertali arus. Kadang-kadang aku rasa aku pun lemah. Taktahu kalau-kalau datang ujian seberat di Mesir atau Syria, mampu ke aku menjadi golongan yang diredhai Allah?

Allah, hanya Engkaulah penolong kami, dan matlamat kami. Ampunkan kami ya Allah.

Ihzimhum, ihzimhum, ihzimhum, wansurna 'alaihim! Allahumma amin!

Jom.

I just wanna feel okay again. -Taylor Swift, Mean

Degil!

the Stubborn trait in me.

well, i met my mom's friend years back and she is known to know how to figure out a person's personality from his/her birthdate. she went to a course for that and yeah i'm quite skeptical (still am actually) but I just go with it as to respect her.

yeah i used to hangout with my mom and her friends like that.

and so she asked for my birthdate and the time of my birth.

then she told me that my strongest trait is my stubborn-ness.

Degil, kata aunty tu.

My mom strongly agreed. She said it is super hard or nearly impossible to tell me not to do a thing when I had set my mind to it.

And so, aunty Z told me that stubborn can be either good or bad.

If I'm stubborn to do something good, then it'll be a good thing.

But throughout the years I went through after that, I learnt that some things just cant bulge or go the way you want it to be, no matter how hard you tried. But alhamdulillah I also learnt that Allah judges a person based on his/her actions and effort, not the results. So it kinda put me at ease when I encounter things that I couldnt change or adapt to.

And I also learnt that I need to differentiate between being stubborn and just pure ego.

The end.

Cant sleep, hence this.

Good night and peace out.

Tuesday, August 20, 2013

Rambang

Esok aku ada exam internal Medicine selama satu jam setengah, bermula dari jam 12 hingga jam 1.30 petang.

Dan malam ini aku tak mampu menutup mata pada waktu yang sepatutnya (sebaik saja habis membaca topik sasaran.) Fikiran aku mula menerawang entah ke mana-mana sambil visual dan ibu jariku rancak menggodek laman sosial instagram, twitter dan facebook berulang-ulang.

dan akhirnya aku membaca tulisan di blog-blog. aku sedar akhir-akhir ini aku banyak membaca blog berisi tips-tips membina keluarga bahagia dan dirahmati, mengulit gambar anak-anak kecil yang comel. Mungkinkah pada usia ini, memang ini suapan mata makanan minda?

dan kemudiannya aku terus insaf dan sedar bahawasanya jodoh itu sudah tertulis ada atau tiadanya di Luh Mahfuz sana, dan aku, masih lagi tertatih-tatih langkah binaan individu Muslimnya.

Ya Allah, permudahkanlah kesemuanya dalam keredhaanMu.

nota kaki: jiwa juga masih gelisah mengenangkan Mesir. tapi diri sendiri ini perlu dihidupkan Islam dalam jiwa. binaan paling asas tahap batu-bata dalam penggerakan menuju UA.

Sunday, August 18, 2013

Pencuri

Pencuri nyenyaknya tidur dan lenanya mimpi
Perampok tenangnya nafsi dan damainya hati

Hai. Nyah kau dari semesta ini.
Eh tidak. Aku sekadar canda.

Thursday, August 15, 2013

Duka dan doaku bersamamu, Mesir

Betapa tanpa belasnya ditembak penyokong-penyokong Morsi
Di tanah perhimpunan Raba'ah
Betapa tegarnya hospital dibakar
Untuk mengekang rawatan tersebar
Betapa hilangnya perikemanusiaan
Pabila polis dipaksa membunuh
Kalau hatinya tak sampai
Ke kepalanya sniper dihala

Betapa kononnya mereka menggelar diri mereka 'pasukan keselamatan', 'pro-demokrasi'
Demi menutup pekung yang sebenarnya mereka pro-musuh Islam
pro-Israel, pro-penjajah, pro-pendendam

Berapa lama lagikah kan menangis saudara seakidahku
Dek kerana lewatnya tiba pautan doaku
Sedang aku yang masih dalam senang lenangku, masih belum berbasuh dosa-dosaku
Terkial-kial lisanku dan memori karatku menghafaz qunut nazilahku buatmu.

Allah, janjiMu benar
Yang hak tetap akan mengatasi yang batil
Dan mereka sudah tersusun-susun nama dalam barisan para shuhada
Jauh mengungguli limpahan kasihMu terlebih dulu
Dan aku yang masih jauh terdampar
Dalam lenaku tersentak terhenyak
Mujur, dalam keasyikanku dalam dunia sendiri
Kau datangkan ujian tuk menapis
Siapakah yang kan turut menangis.

Jadikan aku tetap kekal kisah akan ceritera ummahku ini
Dan jadikan aku bersama-sama mereka di padang Mahsyar nanti
Berlitup redup di bawah arasyMu.

Tuhan, redhalah denganku
Kerana tanpa redhaMu
dedebu tanah pun lebih mulia dari parasku.

Tuesday, August 13, 2013

Epilog Raya Si Anak Rantau

Raya Aidilfitri, kusambut pada Jumaat yang lalu di Kolar, Karnataka, India.
Lewat sehari dari tanah airku.

Berbaju krim bertudung hijau. Tersama corak dengan Hami.
Disambut serba sederhana bermula dengan takbir raya kecil-kecilan di hening sunyi senja di Kahfi.
Kemudian disambung sorak dengan aktiviti potong-memotong, rewang masak-memasak.

Kesemua ahli Kahfi hebat-hebat masak belaka. Kalau setakat aku, tahap juak-juak memotong bawang menghiris lobak sajalah. Yang seorang anak tukang masak, seorang lagi baru saja bergelar isteri, manakan tidak.
Sedar tak sedar terhasil rendang daging, ayam masak merah, nasi kerabu, ayam goreng rempah, acar timun, nasi hujan panas, laksa asam. Tersenyum sumbing aku di pagi raya, dalam hati kalau di rumah nenek pun tak sehebat ini masakannya! Hehe.

Sepanjang hari raya tersenyum girang, beriak suka dalam hati. Tak ada ruang untuk sendu bertandang, menelefon ummi nun di seberang pun masih lagi dalam tertawa senang. Dalam takbir raya di pagi hari bersahut-sahut dengan kokokan ayam si pemilik rumah sewa, masih lagi berbunga-bunga jiwanya. Tak ada duka. Bagai di syurga. Syurga hati-hati penerima anugerah ulung, pemegang ijazah berakhirnya Ramadhan yang mulia.

Bagi yang belum berkesempatan, kupinta ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang tahun yang sudah. Semoga kantung salah menjadi kosong, kembali kepada fitrah. Akhir kata,

Salam Aidilfitri 1434 Hijri, Maaf dari hujung kepala sampai ke hujung kaki, Wa minal aidil wal faizin, Taqabballahu minna wa minkum.

Minna wa minkum taqabbal Ya Kareem.

Assalamualaykum wbt. :)