Baru selesai siri drama Nur 2 semalam.
Ramai yang menyamakan watak Ustaz Hamadi dengan syaitan.
Syaitan bertopengkan manusia.
Syaitan membisikkan perkara jahat dalam hati-hati manusia.
Menjadi ujian pada semua bani Adam.
Ujian.
Entah kenapa malam ini, begitu terkesan sebuah memori berpusing-pusing di benakku.
Aku pernah ditolak dengan berbagai alasan.
Tapi si fulan ini tak semena-mena mengatakan, mungkin aku adalah ujian baginya dalam membina masjid dengan bakal tunangnya. Bukan salah waktu, atau ketelanjuran kata. Tapi ujian. Aku hadir semula bila dia sudah mahu membuka langkah melupakan aku yang pernah disanjungnya satu masa dulu. Ujian.
Saat itu, aku terasa disamakan seperti syaitan.
Tuhan, maafkan aku kerana tak sengaja menguji yang lainnya. Aku sama sekali tidak akan tahu tulisan Luh Mahfuzmu. Hina sungguh diri ini rasanya.
Maaf sekali lagi, sahabat, tak sengaja berada di garis masamu.
No comments:
Post a Comment