Beritahu aku, bagaimana menghidang jujur
Benar itu perit
Segala aduh digamit
Menggigit tenggorokanmu, lumat habis
Tinggal sarung kempis.
Aku belum mahu berenggang denganmu
Meski kematianku dihurung lelucon
Kerana sebuah hati telah mati lebih dulu.
Beritahu aku,
Sebelum pura-pura mengetuk pintu
Topeng senyum kusarung
Menapuk sepi yang menjerit.
- Sadiq (arabic): truthful
No comments:
Post a Comment