Wednesday, November 22, 2017

Satu.

Kerana aku lebih sering mengantuk daripada benar-benar sedar. Kerana aku lebih kerap letih daripada sasa. Kerana aku...ingin meraikan keseribusatuan rasa yang tercantumkulum.

Di sini aku wujudkan, #puisikantuk.

Seperti biasanya, dariku untukku dan cuma berlegar di semesta seorang aku saja.

#1

Ada suara-suara dalam bahasa negeri matahari terbit
Bercicip terus, sulit
Aku ingin meneruskan cita-cita mata
Dan harap segala nusa
Aku ingin rebah,
Di sepenuh hangat pelukanmu
Namun rantaian bakal jadi hari esok
Enggan melepaskan aku.

Mimpi,
Tunggu dulu.

Beradu belum temu,
Langkahku sendu kearahmu.

Akan kumatikan segala kumat-kamit dunia, sebentar lagi cuma.

Bukit Mahkota,
2349H 221117

No comments:

Post a Comment