Thursday, June 26, 2014

Prokrastinasi Seluruh Semesta

Apa yang kau tunggu?
Nanti, nanti
Serasa punya satu semesta
Di garis linear tak patah kembali
Sedang kau tahu
Segala nahu
Yang memuntahkan ingat
Bahawa kita
Tak punya saat
Untuk melebihi waktu tamat
Bila masanya henti
Dijerumus mati.

2 comments:

  1. Mungkin bukan niat kau untuk mengangkat semangatku. Mungkin sajak ini sekadar peringatan untuk diri sendiri. Tapi, aku tetap mau cakap terima kasih untuk kata-kata indah dan penuh peringatan, kata-kata yang mengingatkan bahawa aku harus bangkit dan bersiap-siaga. Terima kasih Keon.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau kau rasa bersemangat. Kata-kata di sini majoritinya untuk aku sendiri. Sebab aku pun jadi letih dengan prokrastinasi.

    ReplyDelete