These last 37 days towards The Day, our wedding day.
I nearly merajuk with him yesterday. We were planning for our honeymoon trip, and were torn between Penang and Sabah. At first I’d just obliged to the Penang idea, but when we tried calculating for the Sabah trip, the costs are almost the same- and Penang isn’t looking like it’s cutting a lot of slack for our pockets.
Once I got him reeled in into the Sabah trip idea, I dove right in- planning itineraries, which hotel to book, what activities to do, where to get food, etc. I got so damn excited to see the place where I practically grew up, until H suddenly chipped in, “tapi what if kita pegi Penang, ada private pool kat Lexis?”
I got so mad I practically just stayed silent to avoid shouting at him. I tried to calm myself down thinking hard that it’s okay, I’ve been there, and this is a 2 persons’ decision, and we can always go there whenever. Just maybe not now when money’s a bit tight with all the planning.
I didn’t realised I miss Kota Kinabalu that much till that very moment.
Driving home after dinner, after a longggggggg silence spell, H just said something that nearly made me cry.
“Sayang, you memang nak sangat pergi Sabah ye? You rindu kan tempat you membesar dulu? Lepas ni you rasa macam susah eh kita nak pegi?”
I grunted in reply.
“Okaylah kita pergi Sabah ye. Janganlah macamni dengan I.”
I cried so hard on the way back. Because I never really expected him to understand me- like he’s been reading my thoughts the whole time.
If anything, it made me fell for him harder.
I never asked to be understood. People telling me I’m weird the whole time. But having someone like H, is totally a blessing.
And there I ranted here, cz I felt Twitter is too public nowadays.
Another 37 days to barge in like a total Bridezilla. It’s kinda irony that we watched Godzilla on our first date. Lol
Thursday, December 19, 2019
Saturday, November 16, 2019
Puisiku
Dalam keresahanku meladeni buku-buku puisi
Mencari kata paling indah untuk hari bahagia kita-
Aku tersedar, dalam sekalian aksara
Kau puisiku terpaling baldu,
tiada taranya sekalian lagu.
Mencari kata paling indah untuk hari bahagia kita-
Aku tersedar, dalam sekalian aksara
Kau puisiku terpaling baldu,
tiada taranya sekalian lagu.
Sunday, November 3, 2019
Tiga Puluh Ketidaksendirian
Saban tahun aku menanti tanggal 28 Oktober.
Menyambut suka dan duka sepanjang berlabuh nafasku ke dunia.
Sudah sekian banyak tahun aku menyambut ulang tahun dengan status bujang.
Kali ini,
statusnya tunangan orang.
Terasa ganjil di keluk fikir.
Terasa gelisah entah apa di hujung hati.
Hafiz baik sekali denganku pada tanggal 28 lalu. Dibelikannya sebuah kek keju SDS dengan tulisan "Happy Birthday Sayang" tertera dalam manis buttercream, dan menanti aku dengan penuh setia di luar klinik selama 5 jam aku bertugas locum. Tempoh hari dia belikan pula aku satu soft toy arnab Jellycat yang lama aku idamkan (tapi in denial, takkanlah hadiah usia 30 tahun beli boneka seperti keanak-anakan. Tapi tapi tapi!) Aku akui aku masih dalam tempoh adjustment membiasakan konsep 'kita' daripada 'aku' selama ini.
Kemudian hari pun berlalu,
aku dan Hafiz perlu terus menyambung persiapan ke gerbang perkahwinan.
Ulang tahun ke-30 ku tidak sunyi dengan seribu persoalan masa hadapan.
Aku sulam segala tanya dengan doa-doa pengharapan, dan aku tahu, bidai kehidupan cuma akan tersingkap seiring waktu.
Selamat Ulang Tahun ke-tiga puluh Khairunnisa, semoga derapmu senantiasa bahagia.

Wednesday, September 25, 2019
Stanza Untuk H
Kita, sudah bergenggam hati, sejauh ini.
Pernah kau bilang padaku, kau tak fahami susun baitku,
Metaforaku,
Rima turun naikku.
Aku cuba melelasi segala hutan kias
Mempamer cinta tanpa pentas berhias
Jujur, kau teristimewa, tanpa sebarang bias.
Sayang,
Jalan masih panjang
Kita tetap punya kita.

Tuesday, August 6, 2019
Senggat Baldu Melaju
Tiap detik, derap disusup baldu
Sepemeluk lembut terbias kencana
Sisip-sisip nuansa suria di balik jemarimu,
Silaukan pandang hariku
Bertempiar pergi lelah dan bungkam khilaf
Di tampang jemalamu.
Belum waktukah lagi untuk kita menempa janji
Setia, bahagia dan selama-lama?
Ini baharu satu purnama,
Bagaimana pula sekalian fana?
Mana mungkin kuingin pergi dari lilit masa kita.
Tiap senggat bercantum jua-
Segala beza dan balah, terasing
Seiring, tak bikin sekelumit pusing.
Arjuna,
Kau seluruh segala tinggi
Menyinar peri ke akhir nafasku
Menyirna sepiku bersepai hapus.
Buat cinta, di satu purnama kita.
1 Ogos 2019

Thursday, July 11, 2019
Untuk Sukma.
Kutemukan bulan di pinggir matamu
Terang bersinar, dalam bundar
Sayu tenggelam, sunyi bungkam
Dipeluk syahdu menikam
Limpah cahaya, malamku siang
Derap waktu di awang-awang
Kala hilang, kunanti pulang
Dendam rindu ditatang-tatang
Kusambut seluruhnya keluk landai
Kuhindar ragu kadang membadai
Sorot masa cinta melampai, kutaruh senyum
Tiada sangka kau akan mampir berkunjung.
Sayang, sewangi frangipani
Kasihku menguntum harum.

Friday, June 14, 2019
Romadhon-Syawal 1440H
Assalamualaykum, kita bertemu lagi dalam rancangan bebelan Keon sempena Puasa Raya tahun ini.
I think this year, time runs too fast. Ada orang kata, semakin dekat dengan kiamat, semakin cepat waktu berlalu. Masih juga belum insaf dalam berbagai perkara.
Aku melalui Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini dengan pelbagai rencah. Pada aku, terlalu banyak perkara yang mengusutkan fikiran. Not many people realized it, people at work just started to recognize me, atok and nenek still adjusting to my presence, aku masih sendiri-sendiri menyimpan stress yang kadang-kadang tak tertanggung. Aisyah jauh. Kalau dulu, dia dulu yang akan menegur kalau riak wajah aku kelihatan 'lain' atau aku terlalu try hard untuk kelihatan gembira. Sekarang, nak tegur pun kadang-kadang.
Banyak kali guna perkataan kadang-kadang.
Maybe this is just adjustment disorder.
I'm still trying to put my feet on good grounds.
At times, aku rasa mungkin berpindah keluar dari rumah nenek adalah lebih baik, tapi...entahlah.
Senantiasa, ingat saja Tuhan takkan meletakkan aku di luar batas kemampuan.
Hidup adalah sementara. Jodoh adalah takdir, dan mati adalah pasti.
Semoga impian aku bertemu Husnul Khatimah akan jua terkabul.
Taubat selalu belum cukup.
Masih banyak sisi-sisi kasar seorang aku. Belum habis dikertaspasirkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)