Sunday, January 26, 2014

Realiti

Bukan yang luar biasa
Bukan.
Aku cuma aku
Yang paginya diselaputi kejutan ummi dan hingar bising adik-adiknya
Bersiap-siap ke sekolah.
Kemudian menemani ummi menghantar adik ke sekolah, ke tempat kerja.

Ya, adik-adikku manja.
Termasuk aku suatu tika dulu
Masih terkenang sibuknya ummi
Memakaikanku stokin sambil aku lekas-lekas menghirup teh o
Dalam kabutku untuk ke sekolah.

Mujur terhantar ke Gerik sana
Mengajar erti susah dan menjadi manusia
Yang bisa memakai stokin sendiri
Dan melipat kain baju sendiri dalam gerobok besinya.

Aku pun taktahu kalau aku tak masuk asrama aku akan jadi apa
Mungkin aku akan terus-terusan manja
Dan tak pandai mengurus diri
Tak ubah seperti
Adik-adik aku.

Cuti ini, aku banyak sentimental
Banyak juga naik angin dengan adik-adik yang terlalu manja
Yang pada aku 'malas' similenya
Banyak.

Tapi siapa yang patut aku berterimakasih, seharusnya
Atas aku yang menjadi aku yang kini?
Ya Allah kau yang rancang semua ini
Kerana mereka takmampu menahan ujian asrama, mungkin
Manakala aku, sangat lemah dalam department sabar.

Semuanya ada hikmah.
Dan aku harus berhenti, sekarang.

Tuesday, January 21, 2014

Luar alam

Figura kaku, masih terdiam di sudut siring
Menapis gelombang suara dan tangis
Dari fikirnya sendiri

Dari pandangan insan asing
Dia gila dan runsing
Tapi kenapa, itu bikin pening
Kalau mahu ditilik, kepala bisa teleng

Biarkan alam bersandiwara
Nanti kan hilang juga, semua

Lantas figura itu bangkit berdiri
Meninggalkan sudut terpencil yang sedari tadi dihuninya
Ke alam idealis tak beritma
Bosan.

Saturday, January 18, 2014

Berusia

Menjaga golongan tua itu
Mengajarkan sabar
Mengajarkan tegar
Bila perlu ditegur
Tegurnya perlu lunak
Keras sedikit perlu dipinta maaf
Luka sedikit lama rajuknya

Menjaga golongan tua itu
Menjadikan aku yang lebih kepada melihatnya ini-
Bersyukur dengan usia muda.

Kata ummi
Di usia muda ini
Di kala badan sihat dan minda cerdas ini-
Berdoalah sebanyaknya
Bersyukurlah seluasnya
Beribadahlah sekuatnya jasadmu
Kerana jika sudah menjadi nenek
Sesal kemudian kurang bisanya
Kurang enaknya

Menurut pemerhatian ummi
Insan yang banyak mendekatkan diri dengan Tuhannya di usia muda
Kurang latahnya, kurang keletahnya, kurang onarnya di masa tua
Tapi insan yang masa mudanya habis mengejar dunia dan pandangan manusia-
Banyak nyanyuknya
Banyak ganjilnya
Banyak keletahnya di usia tua

Ya Allah peliharalah kami dan umur kami
Panjangkanlah umur kami dalam memujiMu dan memakmurkan bumiMu
Jangan sesekali kau biarkan umur kami berlalu dengan sia-sia
Baik di muda kami dan di senjanya kami.

Ya Rabbi
Kuatkanlah kami dan sabarkanlah kami.

Saturday, January 4, 2014

I miss you.

I miss your smile, your laugh, your good expectations towards me.

At least when I feel that the whole world hates me and being delusional, I know that you'll love me.

Sometimes I'm not fair towards you. I know that. And I keep feeling amazed that you still wanna be friends with this annoying girl. I know that I'm so annoying cz sometimes I even annoyed myself.

The reason that I enjoyed sekolah agama is I got to meet you. And the others, of course, but the main highlight is you. You're so good and kind and pretty and funny. And is always kind to this skinny tak reti senyum girl. I never imagined our friendship will last this long, but I'm proud of us. I'm proud that I can say I've known you since we were eight. I'm proud that my best friend, is such a nice girl (woman, now), unlike myself. I'm still working on it.

Dear Najwatul Jamilah,
I'll be back after my 4 days without gap practical exams. The stress is killing me but I'll be good. I wanna see you. And entah kenapa the whole day aku asyik teringatkan kau.

Take care my dear. See you soon.

Your best friend till Jannah (ameen),
Cha.

Thursday, January 2, 2014

Assalamualaykum, Dua ribu empat belas.

Bismillah.

Seperti blogger lainnya, aku terasa terpanggil untuk berbelog sempena tahun baru.

Ya, aku tak hipster. Tak juga mainstream. Sederhana aje. Yang sedang-sedang saja, ibarat kata Iwan. Kantoi aku layan dangdut.

Baiklah, 2013.

Tahun lepas iaitu tahun 2013, takde pencapaian yang memberangsangkan sangat pun. Aku rasa yang paling significant is aku pass third year. Sebab aku anxious kalau tak pass nanti aku kena repeat pastu dah final year aku jalani dengan tak tenang, padahal walaupun pass takde la setenang air yang kusangka tiada buaya, tapi sebenarnya ada buaya. Alhamdulillah. Pastu aku macam lek lek je walaupun final year, dah entah kenapa kau diri sendiri, tapi aku bersyukur sebab rasa tenang tu Allah yang bagi, anyway kalau panik bukan boleh study. Sebenarnya aku memang tak reti panik. Soalan mak aku tiap tahun sebelum exam final is, akak tak tengok wayang ke? Itu menunjukkan betapa di paras luaran aku di hari sebelum exam aku selalu kenkonon cool walaupun dedebar malam tu tido 4 jam je sebab dalam tidur pun aku mimpi baca buku, baik aku bangun terus study kan.

Tahun 2014 aku menginjak usia 25 tahun. Sebenarnya lepas habis UPSR dulu aku target di usia ini aku dah ada seorang anak. Sebab mak aku lahirkan aku di usia 23 so aku kan anak ummi forever so aku bajet perjalanan hidup aku sama je macam ummi. Namun hampa. Calon suami juga masih belum muncul, mungkin jika usiaku pendek tak sempat kahwin pun, alhamdulillah lagi dah join usroh aku tersedar yang kebahagiaan hidup tidak bersandarkan pada either kau memiliki pasangan hidup ataupun tak. Wanita2 hebat macam Maryam binti Imran dengan Rabiatul Adawiyah takde suami pun tapi Allah sayang diorang. So kau nak muncul ke tak bakal suamiku, up to you lah, asalkan Allah redha. Ameen. Jadikan kami warga syurgaMu ya Allah. Matikan kami sebagai muslim ya Allah. Rabbana taqabbal du'aa.

Lagi, aku baru saja habis exam theory the final of the final MBBS tanggal 31/12/2013 kelmarin, what a way to end the year, aye. Lepasni exam praktikal pula. Mulai esok harus berusaha keras supaya lulus exam dan menjadi doktor. Pastu baru boleh lafaz kata cinta. Dah kenapa. Tak tak. Boleh berkata Alhamdulillah ya Allah! Semua ini Kau yang punya. Bukan kerana usaha aku tapi kerana rahmatMu semata. Ye. Angan2 untuk pass harus ada siap dah karang dialog bersama Sang Pencipta. Gituh suwit.

Sekian nukilan tahun baruku, semoga saja tahun ini lebih baik dan lebih insaf. Ameen...

Assalamualaykum and good night!

Peace out.

Sunday, December 29, 2013

Lagi dua kertas.

Mata pelajaran Pembedahan, dan Kanak-kanak.

Haruslah dan seharusnya berusaha keras, kerana orang Islam itu selalu berjaya, kerana hatinya diserahkan pada Tuhannya. Dan dia tahu, usaha-usahanya hanya untuk merebut cinta Dia, dan bukannya untuk mengejar visi duniawi yang entah apa-apa. Dia akan selalu senyum sahaja, dan tidak sedih, kerana dia tahu, Dia selalu ada, dan Dia selalu tahu, dan Dia Maha Penolong dan Maha Kuat dan Maha Menguasai semuanya.

Sepatutnya lah kan setelah tahu, dia tak sedih lagi.

Tapi kenapa aku sedih dan hampir putus asa, ya?
Kenapa, duhai diri
Sedangkan curahan rahmat
Kan selalu dekat.

Saturday, December 14, 2013

Tiada dan Pergi

Jika aku tiada dan pergi
Sesaat setelah ini, malam ini atau esok pagi
Apakah terkesan nota-nota ringkasku
Di balik tebal buku-buku sekolahku
Apakah berguna segala ilmu
Yang kupaksa masuk ke otak kecilku
Apakah kata-kata manusia kelilingku
tentang akhir hayatku

Siapa aku
Di mata dunia
Apakah bermakna
Enam kaki di bawah sana?

Ataukah angkuh jika aku berkata
"Pastinya bumi, kan jasadku dia terima"?

Siapa kau, Keon
Siapa kau, Nisa
Siapa kau, 'that Malaysian girl'
Siapa kau
Siapa?

Adakah yang kan merindui
Atau menyesali kata-kata dan kesempatannya

Adakah?

Apakah jawapanku di hadapan malaikat berdua?
Apakah aku kan terhidu syurga?

Tak mengapa, sayang
Usaha saja.
Akhirnya, Dia sudah tahu
Hanya kau yang selalu buntu.

Ya Rabb
Jika aku ditakdirkan tiada
Malam ini ataupun lusa
Ampunkan dosaku yang menjadi mimpi ngeriku
Jadikan aku dalam kalangan hambamu.