Sunday, February 24, 2013

Kunang-kunang Cinta

Berlari kenang menuju kunang-kunang masa
Terkelip-kelip cahaya, indah mempersona
Empat jiwa menyimpul saudara
Atas ikatan serumah tanpa sengaja

Kuning-kuning malap kerdip waktu itu
Masing-masing terlangkah ke zaman baru
Zaman sekolah tak lagi tertera di baju
Indah, indah rasa bebas itu

Bersayap pelangi setiap jiwa kita
Hari-hari disulam tawa ria
Namun ada juga masa sengketa
Kalau tak pernah silap, bukan remaja namanya

Kini masih menyala lampu si kunang-kunang
Ibarat air tak putus dicincang
Tuhan jagalah kalbu yang terkarang
Selamanya mencinta seperti sekarang

Aku sayang kalian.

Saturday, December 15, 2012

Mengagumi

Bakat orang lain, kurniaan Tuhan.

Ada yang pandai melukis
Ada yang pandai bertukang
Ada yang pandai melawak
Ada yang pandai berkata
Ada yang pandai mengkritik
Ada yang pandai menulis
Ada yang pandai menanam
Ada yang pandai meluncur

Bermacam pandai, beribu andai, Bertambah puji, Bertingkat uji, Semangkuk keji.

Pendek kata bakat itu hanya akan dilihat dengan mata pandang lensa kagum jika pemilik (baca: peminjam) bakat pandai juga sujud pada Ilahi dan memanfaatkan bakat untuk kesejahteraan sejagat.

Bukan sekadar berhidung tinggi menadah laknat.

Salam.

Wednesday, December 12, 2012

Hujung hujung kerlip

Gelandangan di perjalanan
Baju terkais tak terperhatian
Mata tertancap pada hadiah akhir
Cahaya terang silau
Namun tak terkedip
Tegar menahankan
Takut takut hilang cahaya dengan sekali kenyit

Apa
Memang begitukah
Sampai rabak pakaiannya
Hingga akhirnya sudah
Tetap begitu
Tiba tiba hilang terang

Kemana? Tanyamu
Datang gegak bunyi entah dari arah mana
Menjerit ke gegendang kecilmu
Kuat

Kau sangka dengan matamu hanya ternampak cahaya
Kau akan gapai cahaya?
Sampaikan cahaya itu takmampu menerobos ruang mindamu
Membersih pakai?

Kita bukan seorang
Walau kau sangka hujungmu seorang
Ditatang orang, tak terjalan sendiri

Bilakah kau kan nampak?

Sunday, November 25, 2012

ya Tuhan

ya Tuhan, cintailah diri ini.

kerana jika tanpa cintaMu
tiada lagi yang mencinta.

T_T

Thursday, July 28, 2011

biar masa berlalu
teruskan saja berjalan, bernafas dalam anugerah
kerana bila akhirnya yang sederas itu
takkan teringatkan semua

ya perjalanan yang seolah tiada henti
sebenarnya hanya seperti limpahan lampu lampu jalan
terpandang tatkala sama bergerak
tak terkejar tak terkesan
mengapa dikisahkan?

walau berpuluh, berjuta kali diberitakan si fulan sampai ke penamat
mengapa masih dikisahkan?

tak mahukah jadi pemenang?

atau cuma mahu jadi pemerhati lewa
leka bersenang lenang, tidur di perhentian?

jangan kalah dengan neon.