I expect to fail, everytime.
I expect my relationships to end in a blink.
I expect not to gain success so fast, it must be a snail game.
I expect my heart to break, and concretes will shake.
Puisi ini untukmu.
Di setiap detik pagi, namamu terawal kuingati.
Di setiap detik malam, aku menyesal tak bersua denganmu sebelum padam.
Puisi ini untukmu.
Waktu senggangku memaculkan namamu dalam fikiran.
Waktu sibukku, aku bersyukur kau tak selelah aku.
Aku mencari alasan, alasan, alasan
Aku perlu tinggalkan, tinggalkan, tinggalkan
Tinggalkan kamu. Belum mampu, tapi sepastinya perlu.
I am so done with rejections.
Rejection after rejection after rejection.
Some people said I'm crazy.
Most people said I'm stubborn.
The truth is I'm impatient.
And deep down, I hate being alone.
And I fall in love easily.
I know, I know, I know.
Throw me a thousand bad words, I bet I've heard them all.
The reason why nobody wants me, I sure will never know.
What I do know is, it's one of my biggest flaw.
But that never stopped me.
That never stopped me, from falling for you.
Don't ask when I'll stop, fooling myself till wrecked,
To be real I'm always prepared for another heartbreak.
Till when oh till when, you and me sure will see,
For truly I haven't let my heart go off serendipity.
Cheers!
Me.
Duit masuk
Duit keluar
Barang baharu
Minyak naik
Barang perlu
Makin sengkek
Makan sedap
Simpanan apa?
Hutang berkurang
Kutu dibayar
Sabun habis
Belanja wayang
Masa suntuk
Akaun remuk
Nombor dilayang
Cek ditendang.
Ah, terpulang, terpulang, terpulang,
Bila pula mahu memulang.
Lekaslah pulang
Jangan menjurang.
Carilah buraq
Bingkaslah terbang.
Eh, akhir bulan?
Kapan kau datang?
Diharap, dihamun
Engkau riang.
Betapa susahnya mencari duit,
Seringgit, seringgit, seringgit...
Belum sempat ia membukit
Langsung tumbang dimakan, rabit
Betapa susahnya mencari duit
Siang malam berjaga tegal
Anak isteri ditinggal-tinggal
Besar sang anak, bapa ditunjal
Betapa susahnya mencari duit
Basah keringat dunia sempit
Hukum duit menjadi sabit
Tiada duit, tiada duit, tanpa duit...
Tak usah bicara enggang sama pipit!
Duit alat, bukannya jiwa
Bukan Tuhan dipuja-puja
Salah letak hancur lakunya
Berkat tiada mengundang gila
Mata berpinar mencari pitis
Sabar kadang semakin tipis
Jika bukan kerana Ikhlas
Habis semua menjadi hamba
Diseret duit tergadai semua
Betapa susahnya mencari duit.