Betapa susahnya mencari duit,
Seringgit, seringgit, seringgit...
Belum sempat ia membukit
Langsung tumbang dimakan, rabit
Betapa susahnya mencari duit
Siang malam berjaga tegal
Anak isteri ditinggal-tinggal
Besar sang anak, bapa ditunjal
Betapa susahnya mencari duit
Basah keringat dunia sempit
Hukum duit menjadi sabit
Tiada duit, tiada duit, tanpa duit...
Tak usah bicara enggang sama pipit!
Duit alat, bukannya jiwa
Bukan Tuhan dipuja-puja
Salah letak hancur lakunya
Berkat tiada mengundang gila
Mata berpinar mencari pitis
Sabar kadang semakin tipis
Jika bukan kerana Ikhlas
Habis semua menjadi hamba
Diseret duit tergadai semua
Betapa susahnya mencari duit.