Hari ini aku buat aktiviti membaca blog orang lain. Istilah yang lebih santainya, blog-walking. Biasalah aku konon-konon skematik. Habis baca blog Naja, berpindah pula ke blog Syed. Terjumpa link ke cerita Darjah Satu Syed. Tergelak-gelak aku memikirkan waktu aku sendiri berada di darjah satu. Jadi mahu jugalah aku coretkan di sini, sementelah pula (haha kenapa aku cakap macamni) aku memang tak boleh tidur. Hari ini sedikit melankoli atas alasan yang bermacam-macam. Padahal esok hari kerja. Masaklah aku, esok sudahlah tak boleh tidur sebab ikut jadual giliran aku yang basuh pinggan setelah kanak-kanak habis makan tengahari.
Anyway.
Kisah darjah satu seorang Keon.
Masa darjah satu haruslah tak ada orang panggil aku Keon. Nama tu tiba-tiba muncul di tingkatan satu. Drama lain pula, sebab asalnya panggilan Keon itu adalah panggilan senior lelaki aku, tapi takpe, itu kita simpan untuk hari yang lain (kalau ada mood nak menulis sebegini muncul lagi.)
Masa aku darjah satu, orang panggil Nisa.
Parents aku masih panggil aku Baby kadang-kadang, Icha, Nisha ikut suka mak aku sebab aku adalah anak sulung kemanjaan dia. Tapi kat sekolah, Nisa. I'm not too thrilled about the idea of going to school, walaupun it's not the first time of me going to such institution. Aku tak pernah bertadika di Malaysia, tapi tahun sebelumnya aku sekeluarga ikut ayah aku menyambung pelajaran peringkat Mastersnya di UK selama setahun setengah. Oleh kerana tahap primary school di England bermula seawal 6 tahun, suka atau tidak aku terpaksa bersekolah. Tapi bersekolah di England dan Malaysia obviously akan ada banyak perbezaan. Primary One yang aku ikuti banyak aktiviti vokasional seperti baking, painting, reading, dan akan ada story time setiap hari di mana ada volunteers buat story telling. Holidays akan ada lawatan sambil belajar ke petting zoo, parks dan sebagainya. Tak ada school uniforms.
Darjah satu di Malaysia, aku berbaju pinafore. Hari pertama, pagi-pagi ummi kejutkan, siapkan aku dan ambil gambar pertama. Masih ada gambar aku yang kurus keding berbaju pinafore dengan wajah jelas tak mahu ke sekolah. Menyandang beg sekolah hijau pilihan ayahku, aku pun pergi ke sekolah, termakan pujukan bahawa jiran aku pun turut bersekolah. Tapi abang (apa entah nama dia) tu darjah tiga. Hari orientasi, aku elok duduk di kelas sendiri sebab ayah yang bawa.
All hell break loose pada hari persekolahan pertama.
Aku pergi naik van. Aku pun taktahu kenapa ayah tak hantar sendiri, mungkin dia nak biasakan aku dengan menaiki van dengan abang jiran aku yang darjah tiga itu. Aku pun menurut. Tak ada bantahan, tak ada mengamuk. Sampai di sekolah, Abang jiran aku terus pergi ke kelasnya, pilih tempat. Entah kenapa hari itu aku mengikut dia membabi buta. Aku ingat lagi dia kata, ni kelas aku lah! Pergilah cari kelas kau! Tanpa belas kasihan kat aku yang obviously lupa kelas aku kelas apa, lol. Kemudian perhimpunan pun start, dan aku pun ikut barisan kelas entah mana entah. Habis perhimpunan, aku terus berjalan mengikut barisan dan masuk ke kelas. Duduk diam-diam. Kalau ingat semula, aku rasa dari hari pertama tu dah boleh nampak aku memang socially awkward. Tapi tak throw tantrum langsung. Guru kelas masuk dan panggil nama.
Nama kau takde dalam list, Khairunnisa. Yay.
Aku pun dengan penuh berani pergi ke depan kelas. Excuse me, my name wasn't on the list.
Guru kelas aku bingung. Lepas berbincang dengan guru kelas sebelah, barulah aku dihantar ke kelas yang sepatutnya. Haha. Dan hari pun berjalan seperti biasa.
Balik sekolah, aku dijadualkan ummi untuk mandi, makan dan nap. Masa aku darjah satu ummi tak hantar ke sekolah agama. Kesian, katanya.
Aku tak ingat sangat details masa darjah satu selain dari aku takde kawan perempuan, aku suka buat latihan sampai buku sekolah habis, aku tension dengan cikgu English sebab sebutan dia tak sama dengan sebutan aku, then yang terbaik sekali aku ditolak jatuh dari van sekolah oleh seorang budak berbangsa India sampai dahi aku koyak terseret jalan tar, parutnya kekal sampai sekarang. Bab takde kawan perempuan tu entah kenapa, mungkin aku tomboy suka main bawah tangga sampai berjuta kali kena marah dengan pengawas darjah tiga nan berlagak tua. Buku latihan sampai koyak sebab kena padam habis yang aku terlebih rajin siapkan satu buku sedangkan cikgu bagi homework satu page saja. Diligent sangat dah kenapa.
Sekarang bila kerja part time jadi pembantu guru tadika, aku selalu teringat waktu aku sendiri kecik, dan tak ada siapa-siapa nak guide aku kat sekolah sebab aku sulung, dan abang jiran aku tu bila dah jumpa kawan langsung tak ingat adik jiran dia yang bertuah ini.
Tepat pukul 11. Eloklah aku masuk tidur dan sambung melankoli aku sambil melayan kerenah anak-anak kecil tadika esok. :)
Assalamualaykum.