Kopi tiga cawan
Membekas di hati kawan
Kantuk tak hilang,
Gusar ku pandang,
Kertas-kertas penuh tulisan
Seperti memomokkan masa depan.
Kopi tiga cawan
Resah disaljukan.
Semoga esok masih kau ada,
Tiga cawan kopi di tepi meja.
Kopi tiga cawan
Membekas di hati kawan
Kantuk tak hilang,
Gusar ku pandang,
Kertas-kertas penuh tulisan
Seperti memomokkan masa depan.
Kopi tiga cawan
Resah disaljukan.
Semoga esok masih kau ada,
Tiga cawan kopi di tepi meja.
Bunga kuning di dada jalan
Akan menjadi saksi kita
Di remang petang ini.
Setiap kuntumnya merakam cerita
Tawa kita
Kecewa kita
Kesal kita kerana tertangguh bicara
Selama setahun sudah.
Dan di setiap kuningnya
Aku menghitung nasibku
Kerana kau
Masih menggelarkanku
Sahabatmu.
Di pagi-pagiku yang lewat
Diterangi sinar mentari di jendela
Mimpiku terjeda
Dalam pisat-pisat mata mencari angka di muka waktu
Antara percaya atau tidak
Lewat aku ditabrak kantuk
Seharusnya berhenti talian lewat ini
Kerana di sudut siring berbekas cawan kopi-
Kau katakan
Masa itu emas
Malahan kau lagi melayannya
Seperti anak ikan bilis
Terjepit di bawah himpunan pari.
Sudah lama tidak tertumpah di bumi
Mungkin tanah ini rindukan jatuhnya seorang aku
Mengenangkan aku yang dulu
Takkan semudah itu hapusnya dari ingatanku
Mencarik mentetas jahitan hatiku
Lantas aku tertarik pada mata kailmu
Tuhan
Masih adakah seorang aku di mataMu
Remang senja begini
Rona jingga menyapa
Dibalut gulung bersama si merah jambu
Menerpa putih kertas belajarku
Sambil membisik
"Sudahkan saja
Hari mahu habis
Malam masih punya masa"
Dan tiba-tiba tajam sembilu menusuk kepala
Lalu kututup saja lembar-lembar ilmu
Dan tersenyum menatap
Rona jingga di petang yang malap.
(Input last usrah)
As-Samad: Tempat meminta segala sesuatu.
Boleh dikembangkan kepada tiga maksud utama:
1. Tempat meminta segala sesuatu
2. Matlamat
3. Kekal/Tak Tertakluk Pada Garis Masa
Sifat Allah yang satu ini, menyimpulkan matlamat hidup kita sebagai manusia, hanyalah Allah.
Semua benda dilakukan, hanya kerana Allah. Dirasakan emosinya, dicernakan makanannya, dikerahkan kudratnya, kerana Allah. Kerana Allah.
Dan menguatkan lagi ayat Hasbiyallah wa ni'mal wakil: cukuplah Allah sebagai penolong.
Manusia yang beriman dengan sifat As-Samad, inshaAllah gembira senantiasa. Sentiasa tahu, dalam apa pun susahnya, dalam apa pun senyumnya, ada Dia yang mendengar, melihat dan membela.
Sila terapkan dalam kehidupan harian yang makin hari makin tak termotivasi ya Khairunnisaku sayang.
:)