Betapa tanpa belasnya ditembak penyokong-penyokong Morsi
Di tanah perhimpunan Raba'ah
Betapa tegarnya hospital dibakar
Untuk mengekang rawatan tersebar
Betapa hilangnya perikemanusiaan
Pabila polis dipaksa membunuh
Kalau hatinya tak sampai
Ke kepalanya sniper dihala
Betapa kononnya mereka menggelar diri mereka 'pasukan keselamatan', 'pro-demokrasi'
Demi menutup pekung yang sebenarnya mereka pro-musuh Islam
pro-Israel, pro-penjajah, pro-pendendam
Berapa lama lagikah kan menangis saudara seakidahku
Dek kerana lewatnya tiba pautan doaku
Sedang aku yang masih dalam senang lenangku, masih belum berbasuh dosa-dosaku
Terkial-kial lisanku dan memori karatku menghafaz qunut nazilahku buatmu.
Allah, janjiMu benar
Yang hak tetap akan mengatasi yang batil
Dan mereka sudah tersusun-susun nama dalam barisan para shuhada
Jauh mengungguli limpahan kasihMu terlebih dulu
Dan aku yang masih jauh terdampar
Dalam lenaku tersentak terhenyak
Mujur, dalam keasyikanku dalam dunia sendiri
Kau datangkan ujian tuk menapis
Siapakah yang kan turut menangis.
Jadikan aku tetap kekal kisah akan ceritera ummahku ini
Dan jadikan aku bersama-sama mereka di padang Mahsyar nanti
Berlitup redup di bawah arasyMu.
Tuhan, redhalah denganku
Kerana tanpa redhaMu
dedebu tanah pun lebih mulia dari parasku.