Tuesday, August 13, 2013

Epilog Raya Si Anak Rantau

Raya Aidilfitri, kusambut pada Jumaat yang lalu di Kolar, Karnataka, India.
Lewat sehari dari tanah airku.

Berbaju krim bertudung hijau. Tersama corak dengan Hami.
Disambut serba sederhana bermula dengan takbir raya kecil-kecilan di hening sunyi senja di Kahfi.
Kemudian disambung sorak dengan aktiviti potong-memotong, rewang masak-memasak.

Kesemua ahli Kahfi hebat-hebat masak belaka. Kalau setakat aku, tahap juak-juak memotong bawang menghiris lobak sajalah. Yang seorang anak tukang masak, seorang lagi baru saja bergelar isteri, manakan tidak.
Sedar tak sedar terhasil rendang daging, ayam masak merah, nasi kerabu, ayam goreng rempah, acar timun, nasi hujan panas, laksa asam. Tersenyum sumbing aku di pagi raya, dalam hati kalau di rumah nenek pun tak sehebat ini masakannya! Hehe.

Sepanjang hari raya tersenyum girang, beriak suka dalam hati. Tak ada ruang untuk sendu bertandang, menelefon ummi nun di seberang pun masih lagi dalam tertawa senang. Dalam takbir raya di pagi hari bersahut-sahut dengan kokokan ayam si pemilik rumah sewa, masih lagi berbunga-bunga jiwanya. Tak ada duka. Bagai di syurga. Syurga hati-hati penerima anugerah ulung, pemegang ijazah berakhirnya Ramadhan yang mulia.

Bagi yang belum berkesempatan, kupinta ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang tahun yang sudah. Semoga kantung salah menjadi kosong, kembali kepada fitrah. Akhir kata,

Salam Aidilfitri 1434 Hijri, Maaf dari hujung kepala sampai ke hujung kaki, Wa minal aidil wal faizin, Taqabballahu minna wa minkum.

Minna wa minkum taqabbal Ya Kareem.

Assalamualaykum wbt. :)

Tuesday, August 6, 2013

Oh bulan, jangan pergi

Oh bulan, jangan kau pergi
Ku belum puas mengecap indahmu
Menghidu harummu
Menyelami damaimu

tiga darab sepuluh hari-harimu
terbahagi; rahmat, ampun dan bebas seksa
Betapa menyesal dan ruginya
Betapa menyesal dan ruginya!
Yang melihatmu,
melaluimu,
tanpa bertandang tersebut tiga dalam kalbu
Yang dapatnya cuma turun beberapa darjah di jarum pemberat
Hasil berlapar, dahaga melarat.

Oh bulan, di detik-detik indahmu
Melambai-lambai pintu ar-Rayyan
Tersenyum simpul pada yang mengharap
Dalam sabar menahan nafsu terkedap
Di sisi Tuhan, ruang ampun disingkap

Sungguh di hari-hari akhirmu, bulanku
Ku harap hadirmu kali ini
Habis segala salah dibasmi
Kembali terlahir sesuci bayi
Tangis pertama se-terlihatkan bumi.

Aku akan rindu dan terus rindu padamu, Ramadhanku
Dan bersantun hati dalam secebis ingin
untuk berpeluang lagi mengetuk gerbangmu di setahun nanti.

-tiga hari akhir Ramadan, 1434H

Sunday, August 4, 2013

Perantau musim raya

Hari ini, kumpulan terakhir orang-orang yang balik ke Malaysia untuk beraya sudahpun berlepas dari muka bumi Davangere.

Jadi yang tinggal di sini, adalah golongan yang akan beraya di bumi India ini. Termasuklah aku.

Aku yakin ada sebab dan hikmah kenapa aku tak dapat pulang beraya bersama keluarga.

Satu-satunya waktu aku tak beraya dengan keluarga, ialah pada masa first year dahulu, sebab baru saja fly ke sini. Tahun-tahun selepas itu aku pulang beraya sebab kata ayah, holiday lain tak balik takpe, raya mesti balik tau! Nampaknya pesan ayah tak valid untuk tahun ini. Aku tak terlampau sedih, padahal redha dan secara jujur tapi guilty-nya sedikit happy sebab tak payah bersusah buat hidangan raya untuk kaum keluarga yang ramai di rumah nenek. Sebab kalau aku balik mesti takkan terlepas punya. Maklumlah dalam keluarga, keluarga aku je yang takde anak-anak kecil yang perlukan kasih sayang dan susu ibu setiap masa. Lulz.

InshaAllah aku akan beraya di Kolar bersama akhawat-akhawat lainnya.

Ya Rabbi, di mana jua aku berada, di situ bumi milikMu. Maka panjangkanlah penjagaanMu keatasku dari bulan Ramadhan ke bulan Syawal. Amin!

Lagu raya dah start on replay dalam kepala. Macam biasa, lagu raya kegemaran aku ialah lagu Semua insan sedang gembira di hari ini, sayang. Maafkan aku kerana taktahu judul lagu kegemaran sendiri. Dan lagu itu sedih. Macam psycho je kan raya-raya suka lagu sedih. Tapi mungkin tahun ni lagu tu bertepatan dengan situasi. Haha! Ya Allah ampunkanlah aku. Aku tahu raya bukan sekadar bersuka-suka. -___-

Salam Ramadhan yang masih berbaki, dan Salam Aidilfitri in advance, Salam Perantauan!

The Me

Because I am the boring girl who loves essay writing
Because I am the weird girl who loves literature and the smell of wilting papers of old novels.
Because I am the one who loves to sing, but never did in the showers

Because I am me with so many flaws
Never mainstream enough to be seen
Or ever I would want to be

Because I am the girl clad in her headscarf
Amongst the brainy heads of her classmates
Different

Because I am the girl whose straight face is feared
Because it looks almost like a scowl
Because I am the girl who hides her crazily hyperactive self inside
Because if it is out, nobody's gonna take her seriously

Because I am me
And I believe that being me, is all I should be.

Ihdinassirotholmustaqim.

Wednesday, July 24, 2013

matlamat paling susah

manusia ni banyak nafsu.

setiap seorang manusia tu ada kecenderungan towards something. dan kalau tak berhati-hati, kecenderungan itu mungkin akan bertukar menjadi obsesi.

bila kita obses, kita secara tak sedar membelakangkan Allah. naudzubillahi min zalik. berhala kecil yang kita tak sedar itu, walau apa jua bentuknya, baik movie, kecantikan, handbag, kasut, kereta, superbike, mungkin akan secara tak sedar buat kita syirik, naudzubillah. cara mengukurnya mudah. kita lewatkan solat tak bila jumpa benda2 tu?

sebab tu tetiap pagi kalau bleh bacalah doa dlm al-mathurat tu;

allahumma inna  na'udzubika min annusyrika bika shai'an na'lamuh, wanastaghfiruka lima la na'lamuh.

ya Allah aku memohon perlindunganMu dari mensyirikkan Engkau secara langsung dan aku bermohon ampun atas perbuatan (syirik) yang aku tidak sengajakan.

nak tolak nafsu tu susah. tapi susah bukan mustahil.

Ramadhan ini aku berazam untuk mempraktikkan satu sunnah nabi (yang sukar bagi aku sebab aku suka sebaliknya) iaitu berhenti makan sebelum kenyang.

Ya Allah kuatkanlah.

Ramadhan Kareem! :') Assalamualaykum wbt.

Saturday, July 20, 2013

Realiti.

Kubelek Murakami yang kubenci.

Ya, karya hebat yang diagung-agungkan ramai orang ini kubenci. Kubenci kerana selitan gambaran nafsu syahwat manusia dalam monolog dalaman protagonisnya. Padahal baru satu bab pun yang kubaca.

Aku mahu novel berkualiti yang bersih tanpa noda.

Dan kenapa kau beli dari Murakami? herdik hatiku. Sudah diketahui bangsa atheis memang sukakan pemikiran sebegitu. Bahkan bukan atheis pun suka, tapi dikawal tak terlihat di mata kasar. Tapi tentunya untuk menjadi pelaris buku. Tanpa babak 'panas' sebegitu di lembar-lembar novel tebal, manakan ada peminatnya. Di Barat sana (bahkan di segenap dunia kini) perkara itu bukan lagi agenda bawah selimut. Bukan lagi.

Dan aku terus trauma, dalam memikirkan nasib keturunanku kelak, trauma dan paranoia takut-takut hanyut tak tercapaikan.

Ini bulan Ramadhan.
Aku harus kuat di mana saja aku berada, kata kakak usrahku kelmarin.

Harus kuat.
Kembali memasang alunan Juz Amma dari Sheikh Mishary, membuai dan melentur hati yang keras ini.

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan di Perantauan

Aku baru saja pulang dari tanah air malam kelmarin. Kiranya lepas ni aku akan menyambut the rest of Ramadhan dan Aidilfitri di bumi India. Oh tahun akhir.

Testing puasa semalam di sini, alhamdulillah semuanya ok. (walaupun aku terlepas sahur semalam sbb tidur lewat.) Cuaca Davangere sekarang nyaman tak berseri. Kenapa tak berseri kau tanya? Sebab ni India. Orang-orang yang datang sini je tahu. Tak baik mengumpat atau mengeluh bulan mulia ni. Hehe. Berbuka dengan kawan2, kemudiannya boleh terus berjemaah solat & tarawih di surau bersama muslimah lainnya. Tapi semalam aku escape tarawih sebab hidung aku tak henti2 berhingus macam air paip. Campur demam karang orang kiri kanan terjangkit. Harap2 hari ni berpeluang. Sudah2 lah tu demam homesick (padahal terkena hujan kelmarin.)

Aku masih rindu masakan ummi yang bersup-sup dan penuh sayuran hijau. Namun terubat sikit hati dengan kewujudan tempe goreng ummi. Entah tahan berapa hari tempe ni aku pun tak sure. Harap2 lama, sebab aku homesick!

Paling penting, jangan lupa tujuan berpuasa dan tak leka dalam bulan mulia ni...banyakkan berdoa mohon ampun dan macam2lah since doa org berpuasa mustajab kan. macam losyen mustajab gittew. eh aku geram betul si loyar buruk ni.

Baiklah, Salam Ramadhan al-Mubarak! Ramadhan Kareem!

Assalamualaykum warahmatullah.