Sunday, November 9, 2025

Sinar Di Celah Ribut

Assalamualaykum belogku.

Hahahaha. Terakhir jemari menari di atas papan kekunci melorekkan kata-kata di dinding belog adalah 3 tahun yang lalu. Terlalu banyak drama dan hama, tak kurang yang fauna dan melata.

Baru-baru ini, terkesan dari pelbagai isu yang bertimpa-timpa (jika kucoret sebagai A Series of Unfortunate Events, terasa keterlaluan. Tetapi! Kita raikan ujian ya.) Tak mampu mempersembahkan bahasa yang lebih mulus rasanya setelah terlalu lama...tapi bila menulis gaya begini, terasa seperti warga veteran (padahal usia baru mencecah tiga puluh enam tanggal 28 Oktober yang lalu.) Ah, aku kan "old soul". Bahasa saintifiknya autisma hahaha...tak aku tak bergurau.


Siapa yang menjerkah jiwa untuk menulis kembali?

Tak lain tak bukan rakan baik selama-lama, Syed haha. Syed tak buat apa-apa pun. Dia cuma kongsikan hebahan pertandingan menulis anekdot anjuran DBP. Aku tak sempat menghantar penyertaan. Dia juga hantarkan pada saat-saat akhir........dan menang! Ya Allah. I'm so proud of you...at the same time a lil bit jealous? Tapi cepat-cepat beristighfar, nanti tak pasal-pasal Syed terkena penyakit 'ain. Lol


Sekadar update pencapaian hidup di bulan November (atau mungkin hanya kejadian lampau, tak ada yang boleh diangkat untuk kebanggaan,):

1. Selamat melahirkan anak kedua, puteriku Ayani Aqwa pada bulan Februari.

2. Dilantik sebagai MO core Child and Adolescent Psychiatry pada bulan Oktober. ( I guess there's a compliment there somewhere.....but maybe they just ran out of people to man the show)

3. Menerima ketibaan dua orang anak buah dari adik-adikku, kedua-duanya puteri.

4. Mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan MEDEX pada 12 November ini.


Sekarang...cuba teka aku mahu lari dari ribut yang mana? :)


Jika masih kepalaku berlari,

Jemari tetap akan menari kembali.

Belum cukup sulit untuk kukarang puisi...


Tapi ah! Garis masa selalu menipu.


Yang telah bertambah usia dan jarang-jarang sepi,

Keon.

(Segamit diam, anak-anak dibawa berjalan-jalan oleh sang suami. And my attention span betrayed me. Sepatutnya teruskan study)

No comments:

Post a Comment