Saturday, September 8, 2018

Plot twist

Si setia yang memecahkan hatiku dengan kesetiaannya.
Senyummu menyayat rasa
Menimbus asaku yang sedari lama mati
Ditelan kisah setianya.
Orang bilang setia itu sifat mulia
Tapi setianya telah membunuhku
Kerana sekali-kali bukan untukku jua.

Hapuslah, perasaan
Bergenang dalam ombak-ombak malu
Kerana seringku mengenang kamu
Meremukku langsung terlalu.

No comments:

Post a Comment